Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
GEMPAR!!! PAS adalah DALANG disebalik tunjuk perasaan pelajar di Mesir..
Comments : 4
Apa yang berlaku terhadap para pelajar kita di Mesir yang terbabit didalam perhimpunan haram BERSIH 2.0 baru-baru ni, membuatkan gua nak sangat bangkitkan isu pasal pengkaderan PAS yang telah berjalan sekian lama didalam institusi pendidikan tinggi negara.
Gerakan pengkaderan ni dorang namakan sebagai Tamrin atau lebih ekstremnya.., "Tamrin Sir"..
Apakah yang dimaksudkan dengan Tamrin Sir ni? Bagi yang tak tahu, "Tamrin" bermaksud latihan ataupun cara tarbiah secara kumpulan. "Sir" pulak bermakna gerakan bawah tanah.
Bagi gua, Tamrin Sir ni tak ubah macam satu usaha mem"brainwash" para pelajar kita bagi menanam perasaan marah hinggakan wujudnya rasa untuk menentang kerajaan.
Jangan terkejut kalau gua kata gerakan Tamrin ni ada di semua institut pengajian tinggi dalam negara khususnya di mana banyak pelajar dan tenaga pengajarnya dari pantai timur.
Apa yang kita tengok di Mesir adalah hasil dari gerakan Tamrin ni lah.. Pelajar-pelajar kita tu sebenarnya telah lama di"brainwash" sama ada melalui program muqayyam mahupun program usrah sejak awal lagi..
PAS tahu.., mahasiswa merupakan aset penting untuk memperkuatkan jemaah dorang. Masing-masing menggunakan proksi persatuan sebagai jambatan mendekatkan mahasiswa dengan pemimpin-pemimpin penting jemaah.
Dulu.., PAS menggunakan PMIUM manakala ABIM pula menggunakan PKPIM. Sebaliknya, JIM pula gua kata lebih licik, meskipun dorang menggunakan KARISMA, tetapi pergerakan dorang sukar dikesan.
Usaha pengkaderan PAS melalui cara Tamrin ni selalunya dijalankan dengan menjual nama pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain yang dorang gelarkan ulamak.
Mahasiswa dan mahasiswi kita sebenarnya dimomokkan dengan kealiman dan ketinggian ilmu para pemimpin PAS ni hinggakan ketaksuban dorang tu jadi membabi buta. Senang cakap, wala' peringkat tertinggi lahh...
Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS tu diwar-warkan sebagai punyalah mulia sampai ada yang anggap sama setaraf wali dan ulamak pewaris Nabi. Segala kata pemimpin PAS tu kononnya adalah dari kitabullah dan tak boleh disangkal langsung.
Semua ni dilakukan bagi memperkukuhkan ideologi bahawa PAS adalah parti yang terbaik dan hanya satu-satunya parti yang diredhai Allah. Ini berlanjutan dari dalam negara hinggalah di luar negara.
Keadaan yang sama juga berlaku di institut pengajian luar Malaysia dan keadaan ni cuba 'dieksport' kembali ke Malaysia setelah aktivis hardcore dorang tu kembali ke tanahair.
Satu kelebihan PAS yang banyak orang terlepas pandang ialah, dorang ni mempunyai keahlian daripada golongan cendikiawan, terutamanya aliran akademik.
Sebab tu lah dorang mudah sangat menyebarkan propaganda tanpa disedari oleh Jabatan Pengajian tinggi.
Jangan terkejut beb.., ini semua yang sedang terjadi dibawah hidung kerajaan tanpa disedari. Allahyarham Tun Hussein Onn cuba kekang semua gerakan bawah tanah ni dengan memperkenalkan AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 1971.
Tun Mahathir pula mengukuhkan lagi AUKU untuk menghalang penentangan mahasiswa-mahasiswi terhadap dasar-dasar kerajaan yang dibentuk melalui gerakan Tamrin Sir.
So.., semua ni membuktikan bahawa PAS telah lama menggunakan gerakan bawah tanah untuk mempengaruhi mahasiswa dan mahasiswi kita. Sekarang ni PKR pula "join the party" bila Anwar kembali sebagai penentang kerajaan.
Ini semua akan jadi lebih parah kalau tak ditangani dengan bijaksana beb.. Gua akan huraikan lebih lanjut pasal gerakan bawah tanah puak-puak pembangkang ni kalau ada kelapangan nanti...
Banyak lagi yang korang perlu tahu tentang usaha propaganda pembangkang sejak dari tahun 70'an bagi menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia dan menukarkan polisi pentadbiran negara menjadi seperti di Iran.
Sebab tu lah gua kata politik itu BUKAN agama.. Cuba lihat apa yang terjadi kalau politik itu dijadikan sebagai AGAMA BARU seperti apa yang diajarkan dalam PAS..
Maka lahirlah generasi bangang yang tak tau nak bersyukur kepada pihak yang berbudi padanya.. Itulah yang terjadi kepada pelajar-pelajar kita di Mesir hasil dari usaha Tamrin Sir PAS..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Salam buat tuan.
BalasPadamSetelah membaca artikel tuan membuat Pakcu terlintas sejenak dan bertanya diri kenapa pelajar kita yang banyak menerima kemudahan dan perhatian dari kerajaan Pusat semasa di Mesir seakan tawar untuk senyum malah jauh untuk berterima kasih diatas bantuan yang dihulurkan.
Ada juga kebenarannya bila sudah di pacak mindanya kearah lain mana mungkin akan ke kiblat lain. Maka lahirlah pelajar yang dah didoktrin dengan cara yang demikian. Begitulah hasilnya bila pengharapan besar kerajaan kepada pelajar ini untuk membuat perubahan kearah kebaikan dinegara sendiri tapi balik dengan dendam kesumat untuk menengelamkan kapal yang pernah berjasa dan memberi ilmu untuk mereka belajar jauh.
Ini bukan salah mereka tapi rakusnya pemimpin politik yang sengaja membuat acuan pada hati dan minda kerana tak sealiran dengan.......??? Walahualam
Salam,untuk makluman ada segelintir orang tengah berkumpul di Esplanade KLCC sekarang,anggaran 30 orang.Bawa bunga kuning dan sticker 709.Polis pun dah ada.
BalasPadamterbaik bro kupasan lu.cuma nk tambah sket.tamrin sir ni biasanya penceramah dia kebanyakannya pemimpin pas.berselindung atas nama tamrin tapi sebenarnya lebih kepada brainwash bdk2 baru.mereka harus taat dalam jemaah.kalau siapa yg join tamrin ni mmg betul2 sir.mereka xbole dedahkan dimana lokasi mereka bertamrin.harap kementerian pengajian tinggi dan polis siasat.
BalasPadamsiasatlah ke akar umbi..bahaya benar pergerakan spt ini krn mrk berhajat sgt nak jatuhkan kerajaan walhal kita hidup aman & damai. taknakla diperintah oleh pemberontak yg bersikap kuku besi mcm taliban!!
BalasPadam