BREAKING NEWS

EKSLUSIF!! Video PENIPUAN PAKATAN isu mangsa bunuh BERSIH 2.0.


First thing..., kepada pembaca blog gua yang beragama Islam.., jom sedekahkan Al Fatihah buat Arwah Baharuddin Ahmad yang kembali ke rahmatullah setelah diserang sakit jantung semasa menghadiri perhimpunan haram BERSIH..

Semoga rohnya diampuni Allah swt dan ditempatkan dikalangan manusia-manusia yang beriman.. Aminnn.




Fuhhh... akhirnya gua berjaya juga uploadkan VIDEO pembongkaran terhadap konspirasi mangsa BERSIH 2.0 yang kononnya dibunuh oleh pihak Polis dan FRU..

Kesian kat keluarga Arwah Baharuddin Ahmad yang kematiannya disebabkan sakit jantung telah diperalatkan serta dimanipulasi demi kepentingan politik jijik lagi keji pemimpin Pakatan..

Dan isu kematian arwah juga jadi sajian enak buat pencacai-pencacai upahan Anwar untuk memburukkan PDRM dan pemimpin negara.

Tapi..., kita kena yakin dan berpegang bahawa kebenaran itu sentiasa akan muncul akhirnya.. Dan itulah yang berlaku bila sikit demi sedikit penipuan Pakatan terbongkar...

Pendedahan konspirasi ni betul-betul dah memalukan pemimpin pembangkang termasuklah jentera siber dan media tolol dorang..

Kenapa Shuhardi Mohd digambarkan sebagai arwah Baharuddin? Dan kenapa video "kematian" Shuhardi si pelakon upahan begitu detail didedahkan didalam media dan blog pembangkang?

Nasihat gua kepada cybertroopers Pakatan, lain kali carilah pelakon yang berkaliber sikit yee.. Nampak sangat menipunya lakonan Shuhardi tu waktu "malaikat cabut nyawanya"...

Dan kepada seluruh pemimpin Pakatan.., korang semua memang cap ayam sebab upah cybertroopers yang tahap amateur untuk burukkan kerajaan. Last-last.., imej lu semua yang sendiri busuk beb..

So..., layan je lah video di bawah ni yee... Ekslusif buat semua pembaca blog gua.. Korang memang the best sebab tak terpedaya dengan tingkah laku tolol puak-puak penjilat Anwar dan Ambiga.... Hahahahaha...


2 ulasan :

  1. perghhh lagu ending titanic kekekekeke..

    anwar says to ambiga "u jump i lari hehehehe"

    BalasPadam
  2. hahaha.... boleh ambil grammy award tuh... kesian kat keluarga arwah... sebaik2nya si pelakon itu membuang kopiah diatas kepala terlebih dahulu...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online