BREAKING NEWS

Ekslusif!! Gua interview Khaled Nordin pasal pelajar IPT sertai BERSIH.


Semalam gua sempat jumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin. Gua pun memang sangat nak tanya dia pasal pendirian kerajaan terhadap pelajar-pelajar melayu di IPT yang banyak sokong pembangkang walhal biasiswa dorang bedal jugak..

Dan gua juga sempat interview Pak Menteri tu pasal polisi Universiti Al Azhar serta tindakan yang bakal pihak institusi pengajian tinggi tempatan ambik keatas 500 pelajar yang join demo BERSIH 2.0.


Rupanya, pihak Al Azhar pun tak setuju dengan demonstrasi menentang kerajaan tu semua. Tapi apa nak buat.., pelajar-pelajar melayu kita di Mesir tu bukannya jenis yang faham bahasa.. Kalau bahasa melayu pun dorang susah nak paham.., bahasa arab apatah lagi lahh..

Yang paling best, pihak Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju dengan apa saja tindakan yang bakal diambil oleh pihak Universiti terhadap para pelajar yang sokong BERSIH termasuklah buang dari pusat pengajian.

Korang tengok sendirilah interview gua dengan Khaled Nordin ni yee.. Semoga lepas ni para pelajar IPT kita tu semua berfikir dulu sebelum ambik apa-apa keputusan untuk join demo haram.

Kalau kena hukuman atau kena buang dari U, ada ke Anwar atau Ambiga nak tolong beb? Lu sendiri tanggung la jawabnya.. So.., itu sebab la lain kali mesti fikir dulu sebelum buat!


2 ulasan :

  1. Assalam Bro

    Nanti ada orang berbunyi.. tak baik buang pelajar yg berdemo tu... Tak lain dan tak bukan Tim. Menteri dia sendiri.... Aku sokong buang aje pelajar yang tak tahu berterima kasih dan tak tahu nak belajar tu dari Uni. kerajaan. tu parasit tu mengganggu orang lain yg nak belajar...

    BalasPadam
  2. Aku ada cadangan utk budak-budak ni supaya tak berlaku Pembaziran Modal Insan (walaupun Krajaan dan Membazir dok bela budak-budak Bangang ni)...1. Berikan jawatan sebagai Tukang bajak bendang dibelah utara (xpayah pakai jentera-dh jimat) 2. Tukang kait kelapa sawit diFelda-felda (dh xpayah import mat indon dah) 3. Tukang punggut sampah dibandaraya-bandaraya 4. Dan Pekerja contract ditapak-tapak binaan... sekurang-kurang nye dia org tau susah nyer mak bapak cari duit nak besar kan dia org...apa lagi Kerajaan yg nak tanggung mereka yg Bangang beribu-ribu org niii..!!! cadangan aku jeer laa utk budak-budak Bahlol niii... :)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online