BREAKING NEWS

DIAMLAH NAJIB !!!!


Selepas lebih 200,000 pengguna Facebook mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, laman peminat beliau pula diserang dengan mesej ‘diamlah’ dari warga internet.

Mereka menulis di ruang komen dan masukan (posting), meminta perdana menteri itu supaya ‘diam’, berikutan kenyataannya sejak mutakhir ini.

Pengguna laman sosial itu dilapor memulakan sindiran selepas tengah malam semalam, setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Blok atau tulisan besar ‘diam lah Najib’ dan ‘Tolong diam Najib’ ditampal di dinding laman peminat berkenaan, malah ada yang menyukai laman itu semata-mata untuk menampal kata-kata tersebut.

Meskipun terdapat segelintir warga internet pro Najib cuba mempertahankannya, namun ia tidak mampu menandingi jumlah komen warga internet di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih besar.



p/s: Sapa lah agaknya yang jadi Admin Fan Page Najib ni agaknya..? Bengap nak mampos sampaikan benda-benda kecik macam tu pun tak terjaga...

Nak bagi kebebasan bersuara pun agak-agaklah.., jangan sampai imej pemimpin No 1 negara tercemar..

Kalau dah bengap tak reti buat kerja, bagi je kat orang lain..

Kalau susah-susah sangat, bagi je gua jadi Admin Page tu.. Tahulah gua macam mana nak buat dengan semua pengkomen cap ayam puak-puak Pakatan tu semua.. Hahahahha

1 ulasan :

  1. admin ni tidor agaknya..benda macam tu tak boleh nak handle baik tak payah jadi admin hehehe

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online