Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.
Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.
“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz pada laman sosial Facebook beliau hari ini.
Dalam hal kartun Utusan yang dikatakan menghina Islam ni, gua dah agak mesti Nik Aziz akan keluarkan "fatwa" dia kepada akhbar tu... Dan semalam, Nik Aziz dah keluarkan statement bahawa Utusan dah hina syariat Islam bila permainkan hukum Allah swt..
Gua langsung tak rasa pelik dengan apa yang Nik Aziz cakapkan tu.. Memang selama ni pun Nik Aziz selalu gunakan agama untuk hentam "musuh-musuh" dia tanpa sebarang pengecualian..
Tapi gua terkilan satu perkara je beb.., Nik Aziz menuduh orang lain menghina Islam macamlah dia tu maksum dan tak pernah terkhilaf langsung..
Gua teringat lagi ceramah Nik Aziz yang dorang buat pada 15 Mac 2002 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.
Dalam ceramah tu.., Nik Aziz dakwa kalau terdapat di kalangan orang Islam menganggap dirinya samseng, maka Allah lebih samseng daripadanya.., jika dia menganggap dirinya jahat.., maka Allah lebih jahat daripadanya dan jika dia pula menganggap dirinya sombong.., maka Allah lebih sombong daripadanya.
Nik Aziz tafsirkan semua tu dengan kefahaman dia tentang sifat Asmaullah al-Husna iaitu Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir.
Kes tu dah cukup untuk tunjukkan bahawa Nik Aziz dah menghina Allah swt bila dia kata Allah tu maha samseng.., maha jahat dan maha sombong...
Gua rasa perkara tu lagi teruk dari kartun Utusan yang Nik Aziz kata menghina syariat Islam dan mempermainkan hukum Islam beb..
Korang cuba bertanya ustaz-ustaz (bukan lebai PAS) pasal maksud Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir. Ada ke dorang akan kata Al-Jabbar tu bermaksud SAMSENG/JAHAT dan Al-Mutakkabir tu bermaksud SOMBONG???
Gua yang jahil ni pun tau bahawa kita tak boleh merendah-rendahkan sifat-sifat Allah yang sempurna dan menyamakan dengan segala sifat manusia yang serba kekurangan. Tapi gua tak tau pulak Nik Aziz ada authority untuk buat semua tu..
Apa yang gua tau.., Al-Jabbar bermaksud Yang Maha Kuat dan menundukkan segalanya.. Al-Mutakabbir pulak adalah bermaksud Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya..
Korang boleh semak pasal makna Asmaullah al-Husna ni dalam Tafsir kitab..
So.., pasal ni lah gua kata Nik Aziz tu hanya seorang ahli politik yang gunakan agama untuk raih sokongan dan cari undi beb..
Takkan mampu sorang Tok Guru atau Ulamak buat perkara-perkara yang macam Nik Aziz buat melainkan dia tu sorang "binatang" politik...
Jadi kalau Nik Aziz sibuk nak "fatwakan" pihak-pihak tertentu hina Islam di dalam negara ni.., dia patut sedar yang dia tu dah lama hina Allah dan juga jatuhkan imej Islam di Malaysia..
Kalau dah tafsir nama Allah pun dia sanggup politikkan.., patut ke puak-puak penyokong PAS nak suruh gua iktiraf dia sebagai Tok Guru dan ulamak ke? Ehhh..., pegi mampus lah beb...
nik aziz ni dah sesat..sesat lagi menyesatkan
BalasPadamni penjelasan presiden pas tntg dakwaan "Allah Samseng"
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=8Cz0hB_FDGU&playnext=1&list=PLBF98DB5E7B9BD0DC
kita semua kena faham dasar pas ni orang lain semua salah, depa semua betoi - dulu depa kata umno tidak menjalankan syariat isle kerana berkawan dengan orang kafir, la ni depa bukan sahaja berkawan bahkan berkahwin, dulu depa kata tak buleh lantik pemimpin dari bukan isle la ni depa suruh kumpulan non muslim penyokong pas bertanding atas tiket pas, la ni kalu sapa pangkah penentang isle pun masuk surga - kapal sinki sink sin - yang dah bersumpah langkah mayat dia dulu kalu nak tubuh negara isle, tapi sebelum langkah mayat itu kapal sink kena langkah mayat orang pas dulu yang sanggup mati demi menpertahankan penentang negara isle yang mereka perjuangkan. kalu ikut hujah mereka ni apa yang buleh aku pahe ialah pangkah pas tu kira-kira masuk dalam hukum wajibla kut, kalu lagu tu pangkah teresa kut, kapal sin, pun kira sunat muakad la kut, lepas pangkah teresa kut kenalah perlahankan suara azan, lepas pangkah kapal sin kena la kekal dengan undang-undang sivil / jenayah yang sedia ada sementara menunggu kapal sin mati lepas tu govinda sin naik dan akan kekalkan azam bapa dia pulok, lepas tu kena tunggu govinda sin mati lepas tu anak dia naik tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagilagilagilagila...
BalasPadam@Tanpa Nama 9:17 Apa yang Hadi cakap tu gua setuju.., TAPI Nik Aziz tak bercakap macam tu masa dia berucap dalam ceramah dia di Pengkalan Chepa dulu.. Nik Aziz dah samakan sifat Allah dengan sifat manusia sedangkan Hadi cerita Sifat Allah BERBEZA dan TAK SAMA dengan hambaNya..
BalasPadamNik Aziz samakan perangai samseng, jahat dan sombong manusia yang lemah ni dengan sifat tuhan.. Boleh ke macam tu beb?
Senang cerita macam ni.., boleh ke kalau lu pergi cakap kat depan umum yang Allah tu maha samseng, maha jahat dan maha sombong? Apa penerimaan orang terhadap lu? Tak ada ayat-ayat baik lain ke yang boleh digunakan oleh Nik Aziz? Sebab tu lah Nik Aziz dikatakan hina Tuhan...
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; al-Malik - Yang Menguasai (sekalian alam); al-Quddus - Yang Maha Suci; as-Salam - Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan); al-Mu'mun - Yang Maha Melimpahkan Keamanan; al-Muhaimin - Yang Maha Pengawal serta Pengawas; al-Aziz - Yang Maha Kuasa; al-Jabbar - Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); al-Mutakabbir - Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan dengan-Nya. (Surah Al-Hasyr ayat 23)
Fikir beb fikirrr... Jangan jadikan politik tu sebagai agama baru lu... Hahahahahaha...
Abaikan saja org tua ni....dah nyanyuk bebenor..
BalasPadamApa la lu orang semua.Tak da keja lain ka.Lu orang kena pakai otak la sikit.
BalasPadamOrang tua tu memang sudah tak boleh pakai lagi cakap dia.Lu orang dok pi tanya dia,dia pun meroyan la.Bagi la can kat dia relax.Jangan usik dia lagi.Sebab dalam bab ugama ni bukan dia sorang je yang pandai.P
Ramai lagi ustad yang baik baik yang bole ditanya akan hukum hakam.
Udah udah jangan lagi diusik lagi orang tua ni.
eh eh...dah sapa ikut nabi nik aziz memang konfem masuk sorga nye...tu sebab dia blh ckp tuhan lg samseng....hehehehe....
BalasPadam