BREAKING NEWS

Kerajaan JUMUD PAS Kelantan HARAMkan Utusan...



Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.




p/s: Gua rasa Kerajaan PAS di Kelantan ni dah terlampau jumud sampaikan sanggup menyekat kebebasan bersuara. Utusan cuma sindir kenyataan yang Hadi sendiri ucapkan masa Muktamar.., itu pun dah tak boleh ke?

Betullah orang selalu kata, pemimpin-pemimpin PAS tu semua dah perasan yang dorang tu maksum. Lagi satu, dorang tu langsung tak boleh terima kritikan.

Ini bukti betapa keciknya jiwa orang-orang didalam PAS yang mengaku sebagai Tok Guru dan Ulamak tu semua.. Korang tengoklah nanti.., kalau ditakdirkan Allah yang Pakatan tadbir negara selepas PRU13, semua akhbar akan diharamkan kecuali HaraMkah..

TV semua akan ditutup dan digantikan dengan ceramah-ceramah lebai-lebai PAS saja.. Dan sambil ceramah..., sambillah dorang kutip derma... Ini bukan mustahil kalau begini sekali jumudnya pemikiran puak-puak pemimpin PAS..

Memang amat memalukan!!!

6 ulasan :

  1. haramkan utusan....halalkan china press,nanyang siangpau.....dan yg sewaktu dgnnya....bagus!!!!saya sokong!!!!!.......satu persatu agenda tersirat dan tersurat telah menjadi realiti....banyakkan lagi buat solat hajat untuk menjahanamkan tanah air tercinta ini....biar seribu tahun lagi...anak cucu merintih di bumi sendiri.ISLAM itu telah sempurna dan yg membengkokkan ISLAM itu ialah manusia yg merasa dirinya bagus dari segala-galanya....

    BalasPadam
  2. pas haramkan utusan dikalangan akar umbi semata. tp pemimpin2 atasan pas (BUKTI GAMBAR HJ HADI BACA UTUSAN TERPEMPANG DLM BANYAK BLOGq!!)& pegawai2 mrk semuanya baca utusan utk mengetahui apa yg ada dlm utusan & jika ada isu yg mrk boleh gunakan mrk akan bentangkan kpd pencacai yg mendengar ceramah mrk betapa ini tak betul, itu tak betul. yg mendengar hanya akan bertakbir & mengiayakan tanpa mengetahui berita sepenuhnya, benar ataupun tidak...
    BETAPA HIPOKRITNYA PEMIMPIN2 PAS!!!

    KDN! SILA HARAMKAN HARAKAH DI MALAYSIA!!!

    BalasPadam
  3. Allah dah tunjuk kebenaran tetapi puak pas tidak mahu menerima. tunggulah azab seksa dariNya pula lepas ni.

    BalasPadam
  4. kah kah kah.....pelawok...pelawok....pelawok sungguh Pok Nik dan hamPAS....he he he cam Si...L

    BalasPadam
  5. kebebasan bersuara ala PASik.

    BalasPadam
  6. Merujok pada gambar yang tertera di atas.

    Di Indonesia ratusan tahu dulu.. terdapat Wali Songo ( sembilan wali) kemudian pada zaman ini di Malaysia terdapat satu Wali Songe (banyak mulut) ..yang sekarang ini menjadi menteri besar kelantan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online