BREAKING NEWS

BELUT ELEKTRIK BAKAL POPULAR DI MALAYSIA...



Apakah alternatif bagi mengelakkan korang tertekan dengan kenaikan tarif elektrik oleh TNB?? Apakah tak ada cara untuk korang dapatkan bekalan elektrik dengan kos paling murah? Gua ada jawapannya buat korang semua....

Memperkenalkannn..... BELUT ELEKTRIK!!!!

Tahukah korang yang belut elektrik atau nama saintifiknya Electrophorus electricus adalah spesis ikan yang tergolong didalam kategori keluarga gymnotiformes.

Apa bendanya gym-no-ti-for-mes tu? Maksudnya ialah, ikan yang berbadan lembut dan berenang menggunakan sirip beralun dibawah badan.

Belut elektrik ni adalah antara jenis hidupan yang mampu menghasilkan tenaga elektrik selain dari ikan jenis KnifeFish.

Tenaga elektrik yang dihasilkan belut elektrik ini digunakan sebagai alat untuk dorang berburu.., berinteraksi dengan belut lain dan mempertahankan diri.

Walaupun menatang ni diberi nama belut elektrik, tapi secara ilmiahnya dorang diklasifikasikan sebagai ikan kerana jenis keluarga mereka lebih terarah ke keluarga ikan keli (catfish) dan ikan pisau (knifefish).



Berapakah kadar elektrik yang dapat dihasilkan oleh menatang belut ni? Gua difahamkan oleh Pakcik Google, belut ni boleh hasilkan sampai 500watts tenaga elektrik pada satu-satu masa.

So, tenaga elektrik yang dihasilkan oleh seekor belut ni mampu menjana 5 biji mentol lampu bersaiz medium dan mampu menyebabkan manusia dewasa parah atau maut. Wohaaaa...

Jadi, untuk jimatkan elektrik atau untuk buatkan TNB bangkrap di masa depan.., semua rakyat Malaysia bolehlah beralih menggunakan khidmat belut elektrik ni...

Tapi korang jangan pulak tanya gua kat mana nak cari menatang ni didalam negara.. Kat Amerika Selatan tu banyak lah menatang belut ni tapi tak tau pulak kalau ada dijual kat sini..

Kalau ada pun...., CEO TNB Che Khalib tu serta pengarah-pengarah TNB dalam negara mesti akan buat demonstrasi kat depan kedai tu nanti beb..

Kalau TNB bangkrap.., sapa nak bayar gaji dan elaun dorang yang bejuta-juta setahun tuu....? Hahahahaha...

4 ulasan :

  1. semua rakyat malaysia pakat potong eletrik selama sebulan. tengok apa jadi dengan tnb..kita kasi campak ceo tnb kedalam laut kekekeke

    BalasPadam
  2. @YB Raz Campak ke lautan India bro.. kat situ banyak Jaws.. Hahahahaha..

    BalasPadam
  3. MASAALAH NYA BOLEH KE ORG MALAYSIA POTONG ELETRIK SEBULAN..TAK ADA LETRIK 1JAM DAH RIUH MCM MATI BINI...INI KAN SEBULAN..ORG MALAYSIA MN TAU HIDUP SUSAH...TP MASIH TAK BERSYUKUR...

    BalasPadam
  4. @MAFIA13 Biasalah broo... sekarang ni rakyat Malaysia dah jadi generasi subsidi.. kih kih kihh..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online