BREAKING NEWS

Azmin dah sibuk kira kerusi untuk PRU...



Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenal pasti sekitar 60 peratus calonnya, yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat dalam tempoh dua minggu untuk keputusan.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, nama-nama itu disenaraipendekkan oleh kepimpinan peringkat negeri untuk diteliti oleh biro politik bulan depan.

“Saya boleh katakan sekitar 60 nama bakal calon sudah diputuskan,”kata beliau pada sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata calon-calon yang bakal diturunkan adalah bercampur-campur termasuk ada wakil yang menang kemungkinan dikekalkan dan ada yang kemungkinan digugurkan dengan mengambil kira faktor prestasi.

“Mereka yang tidak menunjukkan prestasi dan berkhidmat dengan baik tidak akan dipilih semula bagi pilihan raya umum akan datang.

“Tiada jaminan bahawa mereka yang menang pada masa lalu akan dipilih semula untuk bertanding,” katanya yang terdahulu ketika berucap menekankan bahawa pihaknya akan berhati-hati memilih calon berdasarkan pengalaman 2008-2010.

PKR kehilangan beberapa wakil rakyat peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak awal 2009. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, PKR akan meletakkan calon di kerusi-kerusi yang wakil rakyat telah melompat parti dan dipecat.

“Sama ada kerusi Kulim-Bandar Baharu, Bayan Baru, calon (PKR) menang bukan kerana faktor individu tetapi rakyat mahukan perubahan dan memilih PKR... jadi, PKR akan meletakkan calon di kerusi-kerusi tersebut,” katanya.




p/s: Apa yang Azmin sibuk sangat nak kira calon dan kerusi untuk PKR di PRU13 nanti? Gua tak nampak yang PKR akan diberi laluan mudah oleh PAS dan DAP didalam pembahagian kerusi pilihanraya..

Nasib Azmin nampaknya akan jadi macam di PRN Sarawak dulu lahh.. Terlampau sibuk sangat nak bolot kerusi.., last-last DAP jugak yang untung...

Itulah bodohnya Azmin.. Tapi sejak bila pulak dia cerdik ye tak? Hahahahahaha...

1 ulasan :

  1. sorry la pkr..dulu mungkin ramai tersilap sokong korang. tapi lepas ni tak lagi.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online