BREAKING NEWS

Anwar pakai SPENDER kuning cop BERSIH..



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.

Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning.

Anwar dalam twiter itu ada menyebut, ia sebagai protes terhadap tindakan keras terhadap rakyat.



Pooodahhhh!!! Ni bukti paling jelas Anwar tu pengecut!! Sejak bila pulak baju kemeja kaler kuning jadi simbol protes pada Polis dan kerajaan UMNO?? Anwar ni dah gila ke apa?

Kalau betul-betul PANDIKUTTY ni berani.., pakailah T-SHIRT cop BERSIH tu.. Mana aci pakai kemeja kaler kuning lepas tu kata kemeja tu sebagai tanda protes.. Kemeja kaler kuning tu tak bersalah beb...

Sebetulnya.., Anwar takut kena tangkap macam penjilat-penjilat dia yang terpaksa tidur lokap 2-3 hari kebelakangan ni.. Sebab tu lah dia cuma berani pakai kemeja kaler kuning TANPA cop BERSIH..

Tapi..., penyokong-penyokong Pakatan semua jangan kecewa.. Gua yakin Anwar mesti pakai spender kaler KUNING serta bercop BERSIH.. Dia saja tak nak heboh sebab tak nak publisiti murahan..

Tak percaya?? Pergilah suruh Anwar tunjuk spender dia... Hahahahahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online