BREAKING NEWS

Sayu ketika pengkebumian jenazah anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat.


Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang anak mereka maut dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.

Selepas solat Zohor, kesemua jenazah mangsa disembahyang oleh ratusan orang. Keadaan sungguh menyayat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku.

Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.

"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh.

Kepada keluarga masing-masing, gua ucapkan takziah dan semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.









Gambar Ihsan sahabat MSO..



p/s: Gua tertanya.., mana dia Khalid Samad?? Takkan mamat tu hanya tau perjuangkan kuil dan juga gereja je? Mana dia Badrul Amin yang pandai berceramah hentam pemimpin kerajaan? Takkan sibuk dengan bini baru dia kot?

2 ulasan :

  1. Sori bro, bukan gua carut lu..gua bengkerk sbb kata blogger pro BN ni makan duit Apco. Bila gua tengok balik dlm Kedah La nie..gua pun delete terus...bukan lu punya entry sebenarnya.
    Jangan marah Bro, gua pun tak mau geng kita kecik ati...Gua dah terbitkan entry baru isu yang sama.Terima kasih atas teguran semua kengkawan...minta maaf sekali lagi..

    BalasPadam
  2. @UjangRanggi Tak ada hal bro.. Gua dah biasa kena maki ni.. Lagipun, gua bukannya blogger elit.. Hahahahahaha....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online