BREAKING NEWS

Mamat Khalid bakal disaman kerana Hantu Kak Limah


Kesian kat Mamat Khalid ni.. Ada orang yang nak saman dia hanya pasal dituduh salah gunakan nama Kak Limah.. Orang tu mengaku bahawa nama Kak Limah tu adalah nama ibu dia yang telah meninggal..

Wohaaa... Macam ni pun ada ke? Dalam Malaysia ni berapa banyak daaa nama Kak Limah diguna pakai.. Kalau semua saman Mamat Khalid, mau gadai spender si produser tu...

Gua syak orang yang nak saman ni adalah dari penyokong Pakatan. Sebabnya.., hanya penyokong Pakatan saja yang mempunyai mentaliti rendah macam tu beb.. Dan hanya pencacai Pakatan saja yang selalu dengki dengan kejayaan orang lain..

Dari gaya pemikiran orang yang nak saman Mamat Khalid ni, gua bertambah yakin yang dia tu pentaksub Anwar. Sebabnya.., hanya penyokong Anwar saja yang tak boleh berfikir dengan waras.., asyik nak salahkan orang jee kerjanya..

So, gua harap Mamat Khalid bersabarlah dengan dugaan spesis-spesis berukkera tu semua.. Biasalah, orang baik ni memang selalu kena dengki dengan geng jahat.. Maklumlah.. geng baik kan selalu dapat awek lawa... Geng jahat mana ada can... Sebab tu lah dorang dengki sangat... Hehehehehe...


Semuanya berlaku selepas salah seorang cucunya memasang cakera padat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, minggu lalu. Filem arahan Mamat Khalid itu dianggap telah mempersendakan ibunya.

‘‘Saya tak boleh nak terima bila Kak Limah dijadikan bahan ejekan. Kak Limah sebenar tak macam itu. Dia manusia dihormati di Kampung Sayong Lembah. Bukan jadi hantu dalam filem itu,’’ katanya yang punya ingatan kuat dan jelas pertuturan walaupun menghidap strok sejak tiga tahun lalu.

Penggunaan ayat seperti ‘kita bako aja’ dan ‘ghonjang’ (rodok) menaikkan marah Ismail serta isterinya, Rojamah Abu Bakar, 70. Bagi mereka, perkataan itu mengandungi maksud tersirat yang jelas difahami terutama di kalangan penduduk kampung berkenaan.

‘‘Saya tahu filem itu dibuat tanpa merujuk mana-mana individu sama ada hidup atau mati. Tapi kenapa mempermainkan nama Kak Limah di Kampung Sayong Lembah itu? Sebab hanya ada seorang saja Kak Limah di situ. Orang gila yang disangka hantu dalam filem itu memang ibu saya.

‘‘Kenapa guna nama orang yang ada legenda sendiri di Kampung Sayong Lembah? Sedangkan ada banyak lagi nama yang boleh diguna pakai,’’ hujahnya.

Ditanya adakah Ismail punya bukti kukuh mengaitkan ibunya dengan watak yang terdapat dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, lelaki ini punyai alasan kukuh.

Ia mengaitkan nama kampung, tanah perkuburan dan loghat yang sama. Semua paparan tersebut jelas sebagai bukti. Sekali gus membuatkan Ismail terasa dekat dengan filem berkenaan.

Malah Ismail juga punya surat beranak yang tertera nama ibunya. Juga gambar peringatan yang diambil bersama dengan ibu dan keluarga di Bagan Datoh, Perak pada 1 Disember 1959. - Utusan


p/s: Drama Halimah Jongang dia tak mau saman sekali ke? Kan pakai nama Halimah jugak tuu..?

5 ulasan :

  1. Wah kerana nama limah tu pun nak saman ke?sape yang bodoh sgt tu bkn ibunya sorang nama limah kt malaysia nie,lepas ni halimah jonggang mahupun fatimah juling nak saman juga ler kan.Jelas sgt nak duit jangan nanti depa kena byr kos mahkamah sebab tidak releven kes tu

    BalasPadam
  2. bazir je saman.kesian arwah d kubur.lg bagus bacekn yasin utknya.mudah2an arwah lebih tenang.sy pcya arwah juga xmau name bliau dhuru-harakan.sekian.

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama Itulah pasal.., selalunya yang bodoh-bodoh ni adalah geng Pakatan.. Tapi kalau tanya kat dorang, mampos dorang nak ngaku.. Hahahaha..

    BalasPadam
  4. diorang terlepas baca "filem ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia" kot.

    ataupun dah sesak, nak makan pasir takboleh, lainlah kita, kan? pasir goreng garing... hehehe..

    So, cari duit mudah lah...

    BalasPadam
  5. @Gerakan Timur Gua dah tak makan pasir bro.. gua dah tukar menu makan tanah pulak... Hahahahahaha....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online