BREAKING NEWS

KENYATAAN RASMI!! Mat Taliban cabar Mufti Perak kemukakan dalil...



1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.

2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.

3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau mengelakkan daripada memberi pandangan

4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.

5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandanganya yang kabur dan silap.

7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.

8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalildan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.

9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
merangkap YDP PAS Ipoh Barat
Alfadhil Ustaz Norazli Musa
31hb Mei 2010


11 ulasan :

  1. Kalau begitu UMA berpendapat patut semuanya perlu berundur. Mat Taliban dah suruh Mufti Perak berundur. Rakyat suruh nikki ajis berundur. Kalau semua dah berundur, biarlah UMA aje yang memimpin Islam di negara ini. Asalkan jangan mat taliban yang ganti. Makin punah Islam di negara ini.

    BalasPadam
  2. Mat Taliban jgn lupa kemukakan dalil kena jilat kaki utk minta maaf tentang dosa fitnah.

    BalasPadam
  3. @Ular Menyusur Akar Mat Taliban tu patut dihantar ke Palestin.. Biar dia tau macam mana susahnya duduk di negara luar..

    BalasPadam
  4. @potonglancau Dalil jilat kaki tu dah di register oleh Pok Nik.. So, nanti Mat Taliban ni buat dalil jilat punggung pulak kot.. Hahahahahaha....

    BalasPadam
  5. Mat taliban ni sama jer ngan pencacai pembangkang yg low IQ.... dorang lupa dulu sebelum mendapat kuasa..... satu malaysia dijaja konon wang kerajaan adalah haram kerana kononnya mereka percaya wang kerajaan malaysia bercampur aduk ngan wang hasil cukai arak dan judi.

    skrg... dgn kuasa Allah swt... mereka diberi sedikit kuasa... maka mula lah mereka lupa apa yg dijaja mereka dulu... dan mulalah sorang2 demi sorang nak spinkan fakta. Malangnya rakyat dah mula muat dgn tipu muslihat dan sikap putar belit pemimpin pembangkang nih.

    BalasPadam
  6. salam.

    rasanya hamba Allah yang kerdil ini bakal dimalukan kerana cetek ilmu.

    ada banyak ulasan mengenai isu ini didalam internet, seperti dari ustz zaharudin dan sebagainya tapi saya tertarik dengan artikel ini yang lengkap dgn dalil drpd nas dan sunnah.

    haramkah terima duit haram?

    BalasPadam
  7. mat taliban ni yg patut bertaubat ... malam masa berceramah memang dia ni yg bagi gelaran haramsani pada mufti perak ... tak ada langsung yg hadir jerit bagi gelaran tu... pasal gaji nak diasingkan pun tak ada disentuh .. dia sendiri yg kata mufti makan gaji duit haram, duit pelacur, duit judi dan tah apa lagi ... aku sendiri hadir masa dia ceramah ... sekali di pusat khidmat ahli parlimen di pekan trong dan satu lagi di kg. jelutong, c/jering .. pada ahli pas yg turut baca benda ni ... fikirlah sendiri ... demi meraih sokongan politik ... pemimpin pas sanggup tipu org dan agama ....

    BalasPadam
  8. Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.

    maka bersedialah nik aziz dan konco konconya untuk mengambil tempat didalam neraka.

    BalasPadam
  9. Harap janggut je panjang macam ulama arab tapi kuat mencaci penasihat agama.... ULAMAK (ULAR DALAM SEMAK) tunggu mangsa lalu depannya.

    BalasPadam
  10. Melayu yang tak bodoh31 Mei 2011 pada 10:20 PTG

    @Ular Menyusur AkarWahai pak janggut, adakah awak sedar yang kamu orang islam ! ( tak tahu lah pulak kalau kau tak de agama )Agama itu bukan politik dan orang yang kurang didikan agama saja yang mempolitik kannya dan mereka ini boleh di ketegorikan sebagai orang yng dayus.

    BalasPadam
  11. Boss awak yang menggunakan nama Allah iaitu "AZIZ" tanpa meletak lebel "abdul" (hamba) adalah sangat memalukan oarng-orang Islam, sepatutnya awak menasihatkan dia supaya menukarkan namanya daripada "Aziz" kepada "Abdul Aziz".

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online