BREAKING NEWS

HOT!!! Ulama Acheh menangis dengar Nik Aziz berceramah...


Entah apa lah yang dikelentongkan oleh Pok Nik dalam ceramah dia sampaikan Lebai dari Acheh tu tak boleh tahan sebak.. Memang hebatlah Pok Nik ni...

Mesti Pok Nik bercerita pasal rakyat Kelantan kena tindas selama 20 tahun dengan pentadbiran UMNO yang zalim dan ganas serupa dengan Israel kannn..

Pok Nik tak lupa bercerita pasal kedaifan rakyat Kelantan yang susah serba serbi akibat dari penindasan Kerajaan UMNO yang dengkikan pentadbiran Islam Pok Nik..

Lepas tu, mesti Pok Nik cerita juga pasal dia dihalang oleh puak Quraisy UMNO masa dia nak tunaikan Haji di Tanah Suci.. Dan cerita pasal UMNO rompak duit royalti minyak dari negeri Serambi Mekah tu pun mesti ada..

Dan yang paling menyayat hati, Pok Nik mesti cerita pasal macam mana pemimpin Isle Kelantan dihalang oleh zionis UMNO untuk sebarkan dakwah kepada kapir DAP didalam Malaysia.

Tapi berkat semangat dan istiqamah pemimpin PAS yang berhati waja dan cekal, semua cabaran tu sanggup dihadapi demi untuk mencari syorga kerajaan langit.

Pasal tu lah Lebai dari Acheh tu tertipu.. Sebenarnya bukan takat tertipu je beb.., lebai Acheh tu lencun kena kencing dengan Pok Nik..

Cuba kalau lebai Acheh tu tau kegiatan Pok Nik yang suka buat fatwa merapu dan juga manipulasi agama untuk kepentingan politik.., mesti dia pun tak hingin jumpa dengan orang tua tu..

Bukan kata nak jumpa.., nak tengok muka pun dia tak lalu... Hahahahahaha..

KOTA BHARU, 22 Mei 11: Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Tgk Fakhruddin Lahmuddin tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Beliau menyeru rakyat Kelantan mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Katanya sejak 21 tahun lalu, Kelantan yang dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.





“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

4 ulasan :

  1. KAH! KAH! KAH!

    tersangatla zuhudnya...

    DAH MAKAN KEK SEBUTIR HARGA SETENGAH RIBU, PERGI NAIK HAJI DAPAT SPONSOR LAGI, DAH NAIK MERCEDES BESAR BARU AGAM...menjaga kebajikan rakyat? menolak kepentingan diri???????

    aceceh!
    huh! TERPEDAYA ABISY !!!!

    ustad acheh ni tak pakai gelaran KIYAI KA?

    BalasPadam
  2. Dia menanggis kerana betapa jauh nya rahmat Allah swt dari little nicky yang selalu memeberi fatwa sesat dan menyesatkan kot?

    BalasPadam
  3. celako celako celako....
    menangis ustad acheh tu dgr mc ajis mencarut....tu yg sedih tak tertahan..

    BalasPadam
  4. laaa..apa benda dia p kencing kat acheh tu??? macma tulah depa rakyat kelantan dok menderita 20 tahun yang lalu. Nak sediakan air minumna yang bersih pun x mampu. lani dah jadi jagoh pembohong di acheh. Jangan-jangan PAS pulak ade perancangan nak bertanding di acheh tak? Silap-sipa pok nik boleh jadi Gabenor Acheh tak?????

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online