BREAKING NEWS

HOT!! DAP GANTI PAS UNTUK PERJUANGKAN ISLAM DI PENANG.


Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elaun itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.



P/S: Baguslah kalau kerajaan negeri Penang ni nak bagi kenaikan elaun kepada pegawai masjid diseluruh negeri. Kalau perkara yang baik tu, takkan kita nak tolak kot.. Tapi janganlah pulak lupa pada pihak yang bertanggung jawab buat 200 masjid di Penang ni.

So, selain dari sibuk berterima kasih pada kerajaan negeri, jangan lupa ucap terima kasih sekali kepada kerajaan pusat pasal sediakan masjid tu..

Cuba fikir.., kalau tak ada masjid yang disediakan oleh kerajaan pusat, mana datangnya 800 pegawai agama didalam negeri? Fikir-fikirkanlah... Hehehehehehe...

1 ulasan :

  1. Alhamdulillah..
    UMNO berjanji akan naik kan gaji Imam dan bilal kalau dapat ambil balik Penang.

    Imam.
    Basic RM750
    Elaun 150

    Bilal
    Basic 500
    Elaun 100

    Ada berani ka UMNO?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online