Agak-agak korang.., kalau PKR diharamkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), Anwar akan masuk parti politik mana? PAS, DAP, atau UMNO?
Gua rasa, Anwar takkan masuk PAS sebab PAS bukannya parti elit. Anwar juga takkan masuk DAP sebab dia tau sokongan melayu akan hilang kalau dia masuk parti komunis tu..
So, tinggal hanya satu pilihan bagi Anwar.., UMNO.. Parti melayu ni je yang paling elit dan paling kukuh dalam negara. Tapi nak ke semua penyokong dan ahli UMNO terima semula Anwar?
Kalau nak kira pemimpin-pemimpin UMNO tu, memang ramai yang still berkawan baik dengan Anwar secara diam-diam.. Nak gua dedahkan ke sapa manusia-manusia tu? Errrr..., tak payahlah kot... Biarlah rahsia yee...
Jadi, perkara ni adalah satu benda yang menarik untuk kita tunggu selepas 9 Jun nanti. Gua pun nak tau ke manakah kiblat Anwar selepas PKR diharamkan nanti.. Sama-samalah kita tunggu yee...
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu. Menurut Naib Presiden PKR, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.
“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran PKR.
“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Katanya, antara barisan peguam yang mewakili PKR bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).
“Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini,” kata beliau.
Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun 2011.
Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran PKR akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.
saya cadangkan anwar masuk parti likud bertanding kat pilhanraya parlimen israel...hehehehe....
BalasPadam