BREAKING NEWS

200 Pemuda UMNO buat demonstrasi depan Pejabat Nik Aziz..


Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Mereka memakai baju Umno dan lambang 1 Malaysia, membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan yang dikatakan menindas rakyat Kelantan khususnya masyarakat sekitar Gua Musang.

Dengan memakai kain lilitan kepala, kumpulan ni berhimpun di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK).

Akhirnya, kira-kira jam 10.10 pagi, wakil kumpulan tu menyerahkan 'memo rakyat' kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof di depan pagar Kota Darulnaim.

Projek Ladang Rakyat telah dikecam hebat kerana terdapat laporan bahawa penjualan tanah Ladang Rakyat kepada syarikat bukan bumiputera bernilai RM12.75 juta.

Pentadbiran Nik Aziz juga didesak menjelaskan kewujudan perjanjian 'ali baba' dalam pemberian tanah seluas 1185.2 hektar kepada sebuah syarikat milik bumiputera yang dimiliki dua beradik pada tahun 2006 untuk fasa kedua pembangunan Ladang Rakyat di Mukim Kandek, Dabong.

Perjanjian pemberian tanah tersebut dibuat pada 23 Mac 2006 dengan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili Kerajaan Pas Kelantan manakala pasangan dua beradik itu mewakili sebuah syarikat perladangan dan ternakan.

Bagaimanapun kira-kira tiga tahun selepas itu, syarikat tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang membabitkan penjualan saham sebanyak RM12.75 juta.


p/s: Patutlah Kelantan tak maju selama diperintah oleh Nik Aziz..., rupanya orang tua tu asyik songlap duit rakyat jee...

5 ulasan :

  1. Ayuh rakyat Kelate...Ayuh bangkit menentang kezaliman...kita tukar kerajaan PRU 13..jomm tukar !

    BalasPadam
  2. Rakyat Kelantan tak akan bangkit nye le... sebab dah lama sangat nyenyak tidur dibawah panji2 syurga... Gi kecek lah dengan geng2 jubah puteh yang tak mandi junub tu,... tayammum je dah ok... salah satu sebab kerana ramai rakyat muda kelantan kerja kat luar negeri kelantan, tak kesah pon apa nak jadi dengan kelantan ni...

    BalasPadam
  3. Rakyat Kelantan perlu saman si tua kutuk tu dan kerajaan PAS jadi dapat seret sekali situa kutuk dan gerombolan yang seangkatan dengan nya sekali ke mahkamah.

    BalasPadam
  4. Ok Bro, untuk makluman isu Ladang rakyat ni PAS dah mula goyang hari ini dengan adanya gelombang demo dari pemuda UMNO dan juga NGO's. Maka PAS yang diketuai oleh Dato' Husam mula mengalihkan isu ladang rakyat ini dengan isu tuntutan royalti minyak utk rakyat Kelantan. Maka di seluruh bandar KB ni cuba dinaikkan sepanduk haram tuntut royalti minyak. Ini semua nak kaburkan mata rakyat kelantan dari isu sebenar iaitu ladang rakyat. Maka di sarankan UMNO dan para Bloger serang abis abisan dalam isu ladang rakyat. Nik Ajis dan menantunya pun dah seram sejuk dalam hal ni termasuklah Dato Husam kerana masing2 ada syer dalam ladang rakyat ni. Kalau anuar kata lawan tetap lawan maka UMNO kena serang dan terus serang nik ajis dan sekutunya dalam PAS ini....

    BalasPadam
  5. setuju! ayuh barisan pemuda umno! teruskan mendesak kerajaan negeri supaya bertanggungjawab memusnahkan kehidupan rakyat di pedalaman gua musang kerana rakyat terutamanya orang2 asli juga berhak ke atas tanah mereka yg telah di rampas!!! jgn berundur & lesu, mara terus mara kerana rakyat mengharapkan pembelaan anda semua!!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online