BREAKING NEWS

Raja Petra buat Anwar Omega sakit jiwa...


Gua taknak komen banyak sebab terlampau happy sekarang ni.. Korang baca sendirilah temubual Ekslusif RPK dengan Ashraff Abdullah ni yee... Anwar makin kantoi beb.... Hahahahaha..


Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.


p/s: Keberkesanan Sembahyang Hajat yang PAS politikkan sudah semakin jelas... Terima kasih PAS! Hahahahahahaha....

6 ulasan :

  1. Apa dikesahkan tentang RPK manusia MUNafik dan Bangrap,terpakasa melutut demi sesuap,nasi dengan anaknya yang addict.Telah ramai contoh-contoh pejuang yang tersadai,dek kerana ego dan masalah kewangan.Bekas presden PAS Dato Asri Muda Hanyut dan Mati bersama UMNO yang dikutuknya.Lee Lam Thye dari DAP merajuk kerana gagal menjadi taiko dalam DAP.Wee Choo Keong merasakan beliaulah yang terbaik seperti Zaid Ibrahim.Dr.Chandra Muzaffar lari kerana Keadilan gagal memberi kemewahan dan ganjaran.Ezam Mohd Noor,Zahid Hamidi, Roslan Kassim,dan ramai lagi pejuang yang kecundang,disebabkan oleh masalah kewangan dan tingkah laku rasuah mereka yang diguna pakai sebagai ugutan oleh kerajaan BN.Zul Pelaq kantoi buat MOU serahkan Parlimen Kulim B/Baharu untuk diurustabir oleh Ketua UMNO bahagian.Sebahgian elaunya dikorbankan juga demi menjaga skim pencennya dan pasti akan kalah atau tak terpilih jika pilihanraya semula dibuat pada penghujung tahun 2008.Utang sewa pejabat pun tak berbayar sehingga kini.Tapi yang peliknya Raja Pahang Bagi gelaran dato le pulak ,Raja-Raja pun dah senget kot.Orang ramai makin kenal siapa musang(sang Lamri) dalam perjuangan Tak Dapat makan Anggur dikatakan anggur itu masam.

    BalasPadam
  2. Ada kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=QBslOyX8J4Q

    BalasPadam
  3. inilah puak pakatan haram jadah.. bila pi sokong pakatan haram depa kata sedaq bila skong umno depa kata rasuah.. dasar pakatan yg memang haram...

    BalasPadam
  4. ramai kawan2 rapat,saudara mara anwar telah meninggalkan dia...tak lama lagi isteri dan anak cucu pulak tinggalkan dia...yg tinggal cuma sipencacai angkat najis...

    BalasPadam
  5. wahai melayu-melayu semalaysia & semua angkatan yang setuju/sebulu dengannya,gunakanlah akai yang waras seadanya.jom kita semua pakat TOLAK segala bentuk(sikap/perangai/amalan, dll)yang dibawa oleh sejenis makhluk perosak yang bernama ANU-WAR & juak-juak keparat yang sama bulu gengan dia.haramjadah ni lah pelingkup bangsa & negara !!! sedar-sedarlah wahai melayu yang macam nik ajis n gang... kalau betui hangpa semua pikiaq guna otak

    BalasPadam
  6. wadah 'TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'jelas dipesongkan oleh puak2 melayu sendiri yang jenis memang suka pelingkup hanya kerana tamak & gila kuasa. sanggupkah nanti kita tinggal melayu pada nama? mampu melihat,mendengar tapi tak boleh buat apa2 lagi. jadilah balaci di rumah sendiri? fikir2lah...melayu mana yang sepatutnya kita sokong!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online