BREAKING NEWS

PANAS!!! Akhil Hay peniaga penipu??


Ini sudah jadi kes besar beb sebab Akhil hay ni adalah Ustaz PAS. Bukankah semua Ustaz-ustaz PAS ni ma'sum belaka? Mana boleh pulak jadi peniaga penipu?

Tapi itulah yang gua dengar mengenai Akhil Hay. Dia dikatakan sudah main bisnes MLM dan menipu pelanggan didalam perniagaan yang dia jalankan.

Kalau betullah mamat PAS ni buat macam tu, kira tak ada maknalah dia dok ceramah sini sana pasal kerajaan zalim dan penipu rakyat. Dia sendiri lagi besar punya zalim dan menipu nampaknya.

Gua tak terkejut kalau ni hasil produk yang mampu PAS cipta. Kalau tengok dari Tuan Guru dan kepimpinan PAS, semuanya jumud belaka.

Dorang tu rasa dorang terlampau bagus sebab ada lesen Islam dari PAS. So, mungkin lesen ni lah yang Akhil gunakan untuk menipu pelanggan dia. Bagi gua, PAS secara langsung terlibat dalam hal ni.

Gua harap, lepas ni korang jangan lah percaya sangat puak-puak parti bulan tu. Auta je lebih untuk kepentingan dorang sebenarnya.

Tengok apa yang Akhil Hay ni buat..., korang boleh percaya ke orang bertaraf Ustaz PAS macam ni?

Syarikat Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang pada mulanya hanya menjual produk kesihatan untuk kaki dan minyak wangi tetapi kini mula mengembangkan operasi dengan memperkenalkan pakej umrah dan haji selain urusan berkaitan insurans.

Perniagaan yang dibuka secara rasmi 26 Ogos tahun lalu itu diuruskannya sendiri manakala isterinya, Waheeda sibuk dengan aktiviti dakwah.

Akhil dituduh menjalankan perniagaan membekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan untuk orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tidak berpelajaran. Dalam masa sama, dia juga didakwa menipu orang Melayu dengan skim piramid yang dilancarkan.

“Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab.

“Memang tiada perkara atau benda yang akan membuatkan semua pihak berpuas hati, jadi tidak hairanlah jika apa saja yang ana lakukan, pasti ada yang tidak kena.

“Bagaimanapun, ingin ana tegaskan di sini, perniagaan yang baru ana mulakan ini tidak berasaskan perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) seperti yang didakwa kerana kami lebih menitikberatkan perniagaan berteraskan 'trading' atau pemasaran satu tingkat (SLM),” kata artis dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan terhadapnya melalui blog kononnya perniagaan yang dijalankannya berteraskan sistem piramid, malah menggunakan kredibiliti sebagai pendakwah untuk ‘cari makan’ dalam perniagaan MLM.

5 ulasan :

  1. "Akhil Network menawarkan pelan perniagaan yang sangat mudah. Apa yang harus anda lakukan hanyalah dengan melakukan duplikasi keatas downline anda. Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda tidak mengetahui sepenuhnya pelan affiliate akhil2u ini kerana pihak syarikat akan membantu anda dari segi penerangan terhadap pelan keseluruhan sistem ini. Selain itu juga, para members juga akan mendapatkan maklumat yang terkini serta program-program yang akan dilakukan (sekiranya anda boleh turut serta) bersama-sama dengan para team Akhil Network yang lain.
    ** Lihat Manual Pengguna untuk mengetahui langkah-langkah yang patut anda lakukan untuk menjadi VIP member."

    diambil dari laman web http://akhil2u.net/page.php?id=plan

    Bukan itu pelan MLM marketing ke?

    BalasPadam
  2. Langkah 6: lakukan promosi secara online atau offline bagi mendapatkan ahli dibawah anda. Promosi boleh dilakukan secara percuma dimana-mana laman sosial, iklan percuma yang disediakan serta dimana-mana sahaja. Perlu diingat, apabila anda melakukan promosi didalam mana-mana laman web, pastikan anda sertakan sekali ID anda supaya pengunjung yang melihat ID anda akan menekan link tersebut dan terus masuk ke Halaman web anda seterusnya bonus akan diperoleh apabila downline anda membuat pembayaran RM100.00

    Mendapat bonus jika downline membuat pembayaran..ini MLM aka sistem piramid

    BalasPadam
  3. @BloggerManiac. Hahahaha..Akhil dah kantoii...

    BalasPadam
  4. Salam.
    Mana ada cari duit mudah dalam dunia ini.Kalau dah mudah tu ada yang tak kena..dan ada yang akhirnya akan terkena.

    Jadi fikir fikirkan.Duit tak tumbuh macam pokok yang berdaun.Untuk dapat duit kena ada jual beli dan akad kalau berniaga.

    Kalau yang makan gaji jual beli nya adalah perkhidmatan yang kita beri pada majikan kita.

    Jadi kalau ada yang menawar pelan perniagaan yang mudah untuk jadi senang..sendiri mau ingat lah!

    BalasPadam
  5. @APA. Gua setuju dengan komen lu beb..Bukan senang nak senang baii...Hehehehe...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online