BREAKING NEWS

Orang melayu semua SAKIT JIWA pasal tak sokong PAS - Hadi Awang


Selamba saja Presiden PAS ni kata orang melayu yang tak sokong PAS adalah orang-orang sakit. Gua tak tau lah sakit apa yang dia maksudkan, tapi mungkin dia nak kata sakit jiwa kot...

Kalau korang baca statement dia dalam Harakah, memang dia seolah-olah nak kata orang melayu sakit jiwa. Yelah.., Hadi kata orang melayu sakit pasal dalam jiwa sudah tak boleh terima perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Maknanya, orang-orang melayu yang tolak PAS ni semua sakit jiwa lah. Itulah definasi Hadi Awang terhadap orang-orang melayu yang bukan dikalangan jemaah PAS.

Tapiiii....., bila pulak PAS perjuangkan Islam???? Dalam Muktamar lepas, PAS kan dah tukar slogan daripada Membangun Bersama Islam, kepada PAS For All. Islamnya manaaa??? Cer cite.... Cer cite..

Sekarang ni pulak, PAS sibuk membontoti DAP sampaikan Nik Aziz sendiri tolong berkempen bagi DAP masa PRN di Sarawak hari tu.... Tak caye? Cuba tengok gambar dibawah ni...


So, sekarang ni sapa yang sakit jiwa??? Betullah kot ada orang-orang melayu yang sakit jiwa...., tapi semua yang sakit tu terdiri dikalangan penjumud dalam PAS dan juga Pakatan.

Sebab tulah dorang sanggup jadi penjilat kepada puak kapir DAP dan juga pencacai kepada Anwar Ibrahim. Hanya orang sakit jiwa saja yang buat perangai macam tu... Hahahahaha....


Daripada melayan isu seperti itu, beliau lebih tertarik untuk mengulas isu yang mengatakan PAS berada dalam keadaan sakit kini, ekoran dakwaan kegagalannya menarik sokongan orang Melayu di Semenanjung dan di Sarawak seperti yang berlaku dalam PRN Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.

"Ini jelas merupakan fakta yang diputarbelit. Sebenarnya bukan PAS yang sakit, tetapi orang Melayu itu sendiri yang sakit sehingga menyebabkan di dalam jiwanya tidak langsung mempunyai kesedaran tentang kewajipannya menyokong perjuangan Islam, sehingga mereka sanggup memberikan sokongan kepada parti sekular untuk memimpin mereka," katanya.

Lebih menghairankan, apabila orang bukan Islam pula yang sedar dan faham mengenai kepentingan mereka menyokong PAS untuk membolehkan mereka turut berada di bawah pemerintahan Islam, sejajar dengan kelebihan parti Islam itu sendiri berbanding parti-parti lain.

"Jadi ini jelas menunjukkan bukan PAS yang sakit, tetapi orang-orang Melayu terbabit itu sendiri yang sakit dan mereka perlu terus dibantu untuk diubati oleh kita supaya mereka juga turut sedar tentang kedudukan dan peranan mereka yang sebenar terhadap perjuangan Islam," ujarnya.

Kegagalan orang Melayu memahami malah sesetengahnya mengenali PAS sebagai organisasi penting dalam gerakan Islam di tanah air, menurut beliau, sememangnya direncanakan sendiri oleh Umno BN sejak sekian lama memerintah negara, bagi kepentingan politik dan perut para pemimpin mereka sendiri.

"Pada hal yang ditentang oleh mereka adalah perjuangan Islam. Mereka sendiri sebagai orang Islam tidak sepatutnya menentang perjuangan Islam, tetapi mereka sanggup berbuat demikian kerana di dalam hati mereka itu juga turut mempunyai penyakit yang perlu diubati," katanya kesal. - Harakah

8 ulasan :

  1. SEMOGA ALLAH BERIKAN HIDAYAH KEPADA KEDUA-DUA TOK GURU NI. WAHAI MELAYU PAS YANG KETINGGALAN ZAMAN, BANGUNLAH DAN TEGAKKAN ISLAM DENGAN SEBENAR-BENARNYA...JANGAN LAGI DI BUAI MIMPI INDAH..TIDAK SEMUA MELAYU YANG SAKIT JIWA TETAPI SEBENARNYA YANG SAKIT JIWA TU ADALH PENYOKONG KAMU SENDIRI...ITU SAJA.

    BalasPadam
  2. PAS adalah Parti Angkatan Syaitan dimana syaitan syaitan adalah ahli PAS sendiri. Nik Aziz dan Hadi Awang sepatutnya telah lama dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Tak lama nanti akan keluar daripada ajaran sesat PAS ini yang akan mengatakan kepada seluruh umat Islam yang sesiapa ingin melakukan ibadah haji dan umrah mesti terlebih dahulu menyokong parti PAS..


    Memang sah lah PAS ini dah nyata SESAT.. DAP pula adalah parti Dasar Atas Perkauman dan PKR pula parti Penghianat Kepada Rakyat..

    BalasPadam
  3. 1. Kalau UMNO tu sakit, maka tolonglah dia, kenapa tinggalkan orang sakit dan sokong orang kafir mengalahkan orang sakit ? Cara Islam kah ini ?

    2. Atau PAS sebenarnya kecewa, sedangkan Islam melarang sikap kecewa.

    BalasPadam
  4. Dia yang sakit jiwa .... atau di panggil dalam bahasa perubatan Minda Bercelaru...

    BalasPadam
  5. SAMPAI MASA ORANG MELAYU PENGGANUT AGAMA PAS KELUAR DAN MENGUCAP DUA KHALIMAH SYAHADAH DAN KEMBALI KEPADA ISLAM YANG BENAR SEPERTI YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW DAN BERTUNJANGKAN AL QURAN DAN AL HADITH, SELAMA INI HAMPA DOK BERTUNJANGKAN FATWA ULARMAK PAS SAHAJA. SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI ORANG2 PENGGANUT PAS KEMBALI KE JALAN ALLAH YANG SEBENAR, AMIN

    BalasPadam
  6. Mcm-mcm la PAS ni lain yang di cakap lain yang di buat.

    BalasPadam
  7. Amanat Hj hadi mengkafirkan sesama Islam telah memakan diri sendiri.Solat hajat.Tuhan telah tunjukan jalan tetapi masih berdolak dalik.Keimanan bukan dari serban berbakul.

    BalasPadam
  8. sah2 le hj hadi yg sakit jiwa maa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online