Gua tabik kat Syed Azidi @ Kickdefella kerana penjelasan yang dia bagi mengenai video cctv hitam putih. Sebelum ni ramai juak-juak Pakatan sibuk persoalkan kenapa video tu dibuat dalam hitam putih. Dorang kata pihak yang buat tu tak ada bajet.
Tapi sebenarnya juak-juak Pakatan ni bodoh sombong rupanya. Dorang tu tak tau apapun pasal video pengintipan tapi berlagak macamlah dorang tu pandai sangat.
So, Syed Azidi yang ada pengalaman didalam perfileman ni dah bagi jawapannya pasal apa video cctv dihasilkan dalam bentuk hitam putih..
Jom kita baca sebagai menambah ilmu pengetahuan. Kita jangan jadi bangang macam puak Pakatan yang hanya tau wala' membabi buta saja.... Layannnnn....
Kita ditunjukkan video daripada pesawat canggih ratusan juta ringgit milik Amerika Syarikat mengebom sasaran. Tetapi kenapa video tersebut hitam putih? Dah mampu buat pesawat harga ratusan juta takkan tak mampu pasang video kamera warna?
Apabila saya menulis tentang rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya tertumpu kepada fakta yang ditayangkan dan saya terjemahkannya berbekalkan sedikit ilmu tentangnya yang ada dalam diri saya. Semenjak saya menuntut ilmu dalam bidang perfileman, saya tidak lagi dapat menikmati tontonan sebuah filem dari sudut orang kebanyakan. Tanya pengarah, tenaga produksi dan pelakon, jawapan mereka akan sama dengan saya. Kita melihat melampaui apa yang terpampang di layar.
Setiap bayang yang kita lihat di layar, kita akan membaca susunan penataan cahaya, setiap pergerakan kamera, kita akan membaca grip nya. Setiap suntingan pada aksi penting, kita akan mencari sebab musababnya.
Apabila saya melihat aksi yang dipaparkan, saya melihat gerak laku individu-individu itu menceritakan kisah yang berlangsung menerusi non-verbal communication. Saya membaca pergerakannya, posturenya dan menilai permainan ruangnya. Bagi saya, aksi seks itu tidak penting, tetapi ‘decode’ apa yang terpapar pada imej-imej bergerak itu yang penting.
Saya membaca bayang-bayang pada dinding memastikan ia konsisten dengan aksi dan saya membaca susunan sumber lampu bagi memastikan ia benar konsisten pula dengan bayang yang terhasil.
Saya melihat saiz shot. Saya cuba memahami mengapa lensa itu menterjemahkan imej bersaiz sedemikian.
Ini bidang saya.
BACA SELANJUTNYA DISINI...
Catat Ulasan