BREAKING NEWS

Hakim pun boring dengan Anwar...


Ada tiga orang lelaki yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah oleh seorang hakim.

Hakim itu pun bertanya kepada 3 tertuduh itu."Adakah anda bertiga tahu kenapa anda dibicarakan hari ini?"

Mereka bertiga pun mengangguk."Ya tuan hakim.Kami tahu tuan."

"Saya telah diberitahu yang anda bertiga telah secara serentak menyepak tiga orang lelaki lain pada waktu yang sama, dilokasi yang sama, betul? Jelas?" tanya Hakim lagi.

"Jelas tuan hakim," mereka bertiga jawab serentak."Terangkan kepada saya apa yang telah anda buat? Saya suka dengar penjelasan dari mulut tertuduh," pinta tuan Hakim, tegas dan garang.

"Saya telah tersepak lelaki bernama Raja," kata Pemuda A. Hakim tersenyum lalu memandang pemuda B.

"Saya telah menyepak seorang seorang lelaki bernama Muhammad," jelas Pemuda B.

"Kau pulak?" tanya Hakim sambil menjeling Pemuda C. "Saya tersepak Anwar. Saya bukan setakat tersepak, saya terbelasah dia." Hakim terkedu tapi kemudiannya tersenyum, dalam otaknya sedang berfikir.

"Aku malas cerita panjang. Jadi tak nak buang masa... Kau, kau sepak Raja?" tanya Hakim pada Pemuda A. "Ya yang arif..." jawab dia. "Kau kena penjara 5 tahun dan sebat 2 kali." Pemuda A tertunduk sayu.

"Kau pulak, kau sepak Muhammad kan? Kau kena penjara 3 bulan." Pemuda B diam tapi Pemuda A dengan geram merenung hakim kerana merasakan tidak adil hukumannya.

"Last sekali, Pemuda C.....kau sepak Anwar?" tanya hakim kepada Pemuda C. "Benar yang arif.." jawab dia.

"Lain kali.............sepak kuat-kuat sikit. Lagi kuat lagi bagusss..."


p/s: Cerita ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati... Especially watak Tuan Hakim tu yeee... Hahahahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online