Ada sorang Adun PKR dari Pulau Jerejak yang mengaku telah diserang penyakit cirit birit selepas lawatan Najib ke Penang Sabtu hari tu.
Sim Tze Tsin yang jugak merupakan Ketua Cabang Bayan Baru berkata, penyakitnya semakin menjadi-jadi setelah pulang dari perjumpaan Najib dengan masyarakat India di PISA.
Pada majlis itu jugak, seramai 3226 ahli PKR bertindak keluar parti dan join BN. Dipercayai, inilah sebab utama Sim diserang cirit birit yang kronik
Akibat dari penyakit yang dialaminya, Sim bertindak diluar kawalan dengan memberikan kenyataan merapu umpama orang sewel ketika ditemubual oleh KeadilanDaily.
M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.
“Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti,” kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.
“Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran,” kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam. - KeadilanDaily
Malangnya, siapa kata 3226 yang keluar PKR tu adalah dari cabang Bayan Baru saja? Ia sebenarnya dikumpulkan dari seluruh cabang PKR negeri Penang.
GEORGE TOWN -Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India Sabtu mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.
Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini.
Nyanasegaran yang juga Naib Pengerusi PKR cabang Bayan Baru dalam ucapannya berkata kesemua mereka yang keluar parti itu terdiri daripada anggota PKR kawasan Bayan Baru, Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sungai Ara, Bukit Jambul, Sungai Nibong, Sungai Dua, Bayan Lepas, Air Itam, Paya Terubong, Farlim, Relau, Tanjong, Weld Quay, Gelugor, Jelutong, Penanti, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh dan Perai. - BERNAMA
Pasal tu lah gua kata Adun Pulau Jerejak ni buat kenyataan macam orang cirit birit. Main hentam keromo saja dia untuk denied yang PKR dah nak mampus di negeri ni...
Pandai sungguh Najib berpolitik. Sekali dia lawat Penang, terus bagi TKO kat puak-puak Pakatan disini....
Semalam Lee Man Chor @ Mansor TKM tak boleh kencing.., hari ni Adun Pulau Jerejak pulak kena cirit birit.. Lepas ni Gua nak tengok apa pulak yang nak kena kat kepala Regim DAP Lim Guan Eng...
Kesian puak-puak ni tak boleh terima kenyataan. Hahahahaha....
nak keluar parti kena buat permohonan ke......??? hehehe
BalasPadamKenapa cirit birit jer, "jalan" terus kan elok boleh buat PRK hehehe
BalasPadam