BREAKING NEWS

SPRM akan dedahkan rasuah mega DAP..


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengemukakan bukti-bukti yang lebih kukuh dan menarik bahawa Teoh Beng Hock tidak dibunuh oleh pegawainya di hadapan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang akan bersidang Isnin ini.

Antaranya, SPRM dijangka mendedahkan bagaimana hampir 30 peratus hasil keuntungan beberapa projek pembinaan disalurkan kepada DAP.

Penemuan hasil siasatan SPRM itu dikatakan mempunyai impak yang sangat kuat terhadap diri Beng Hock.

“Siasatan SPRM di Seremban, Negeri Sembilan mendapati seorang kontraktor yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin DAP bertindak menyalurkan sejumlah dana yakni sekitar 30 peratus daripada nilai projek yang diperoleh ke dalam akaun parti, maka keadaan itu dipercayai menyebabkan Beng Hock merasa tertekan dan seterusnya membunuh diri,” kata Peguam SPRM, Datuk Shafee Abdullah kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Malah, SPRM akan turut mengemukakan beberapa bukti penyalahgunaan kuasa parti politik terbabit yang mengaitkan mendiang.

SPRM yakin bukti-bukti yang dikemukakan pihak itu sekaligus bakal merubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap kematian Beng Hock.

Jika selama ini SPRM kerap kali digambarkan kononnya sebagai ‘bersalah’ dalam kes kematian Beng Hock oleh pihak-pihak tertentu, Shafee akan berhujah dengan beberapa bukti-bukti baru bagi menangkis persepsi itu.

“Setakat ini, ujian forensik dan patologi membuktikan mendiang meninggal dunia bukan atas sebab ditolak atau dibunuh oleh sesiapa, cuma ada hujah melibatkan aspek leher mendiang yang kononnya dicekik tetapi sebenarnya lebih kepada proses semulajadi kimia dalam badan,” katanya dalam satu pertemuan di sini hari ini.




p/s: Bravo SPRM. Dedahkan semua kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh Regim DAP dimuka bumi Malaysia ni..

Puak-puak komunis ni memang patut dinyahkan dari tanah melayu. Tu pun ada lagi melayu-melayu bangang Pakatan yang sokong dorang.. Bodoh sungguh!!

1 ulasan :

  1. ni baru loyer ada class, kalau tak sprm pakai loyer cabuk je patut lah selalu kalah kes.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online