Setakat jam 5 petang ni, peratusan mengundi di PRK Dun N28 Kerdau dah mencapai sebanyak 81.5%. Itu angka tak rasmi lah yee... Nanti SPR akan umumkan result yang sohih punya yee... Pusat pengundian pun dah tutup dah.. Gua ni baru balik dari meninjau 13 peti undi yang ada kat sini. Letih betul lah..
Peti undi yang paling panas kat sini ialah di SMK Kerdau. Gua dikhabarkan ada orang gaduh tadi di situ tapi gua tak sempat tengok sebab masa tu gua ada di Peti undi SK LKTP Jengka22.
So far, semua pusat mengundi kat sini aman dan makmur. Sampaikan gua pun naik boring meronda dari satu tempat ke satu tempat lain. Jauh baii jarak setiap satu...
Sekarang ni gua dalam perjalanan menuju ke Dewan pusat penjumlahan undi. Ngantuk giler ni sebab semalam tak cukup tidur. Tambah pulak makan nasik berlaukkan Ikan Patin masak tempoyak di Lipat Kajang tadi.., tambah ngantuk lahhhh...
Nanti kalau gua rajin, insyaAllah gua akan updatekan keputusan untuk korang. Itupun kalau gua rajinlah yee... Hehehehe..
Budak budak baju merah tu cukup umur ke? Hee...he... Cantik.
BalasPadam@Ular Menyusur Akar Gua dah cop dulu budak puteri umno tu... Tapi mak dia still available kalau UMA nak... Hahahahaha....
BalasPadam