BREAKING NEWS

GEMPAR!! DUN Perak bubar pada 6 April....


Korang terkejut ke? Korang jangan ingat gua bohong pulak.., gua cakap perkara yang benar. Kalau korang tak percaya, korang boleh tanya "the real MB Perak" si Nizar Jamaludin.

Ini bukan main-main bai.. Ini betul-betul punya statement... Takkan lah Nizar balaci DAP tu nak tipu pulak?

Kalau Nizar kata DUN Perak akan bubar pada 6 April.., makna betullah tu kann.. Negeri Perak tu kan harta mak bapak Nizar. So, suka hati dialah nak bubar Dun atau apa pun.

Dulu masa dia official jadi MB negeri tu, suka-suka hati dia saja bagi tanah 999 tahun pada cina DAP. Lepas tu, segala projek-projek kerajaan negeri pun dorang sapu sesama sendiri. Jadi setakat bubar DUN, kira tak ada hal lah kan..

Kalau korang rasa bubar DUN ni perlukan perkenan Sultan, ada Nizar kisah? Selama ni dia selamba kodok je derhaka pada Sultan Perak..., apa ada hal.. Bagi Nizar, Nga dan Ngeh lagi besar wooo...

Jadi, bersiap sedialah ye untuk kita tengok pilihanraya di Perak pulak lepas ni.. Dan confirm si Nizar lepas tu akan jadi MB semula... Bukannya jadi MB Perak.., tapi jadi MB di Hospital Mental Tanjung Rambutan.. Hahahaha...


Semasa berceramah di Markaz PAS, Bukit Gantang, Nizar memberitahu para hadirinnya bahawa kemungkinan Pilihanraya Sarawak akan berlangsung serentak dengan Perak.

Nizar menasihat jentera pilihanraya semua peringkat Pakatan Rakyat terus bersedia dengan segala kemungkinan.

Menurut Nizar ,Sidang DUN Perak 5 April,dan kemungkinan esoknya 6 April DYMM Sultan akan memperkenankan pembubaran Dun Perak.

Pada hemat Nizar pembubaran Dun Perak akan berlaku selepas perasmian Sidang DUN Perak 5 April.

Nizar juga menyatakan ucapan Zambry Kadir semasa Konvensyen BN di Lumut menunjukkan Piliharaya Negeri Perak juga sudah dekat.

Pilihanraya Perak dijangka pada bulan April dan serentak dengan Sarawak pada 16 April. Nizar juga memberi analoginya, pimpinan DAP,PKR dan PAS Perak tidak akan pergi ke Sarawak untuk berkempen.

" Sudah tentu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng tidak akan turun ke Sarawak,kerana pilihanraya Perak sama" kata Nizar. "Saya juga tidak ke Sarawak" ujar Nizar.

Nizar juga memberitahu mereka sanggup kehilangan kerajaan haram Perak daripada Sarawak. Tekanan antarabangsa juga membolehkan pilihanraya Perak serentak dengan Sarawak.

7 ulasan :

  1. Gila ke ape mangkok nizar ni...!!!

    BalasPadam
  2. Yang satu meghoyan nak jadi PM dan yang satu ni menghoyan nak jadi MB.

    BalasPadam
  3. ish....boleh caya ke nih?

    BalasPadam
  4. bubar apa ke jadahnya. aku duduk kat sini elok2 je tak ada apa pun tiba2 nak bubar. meroyan betui la barua seko ni...

    BalasPadam
  5. TANAH YANG DIAORG BAGI TU 3 EKAR JERR.. TU PUN PADA PEKEBUN2 CINA YG MISKIN YG HIDUP SUSAH... BAGUN 5 PAGI JUAL SAYUR KAT PASAR... UMNO BAGI SATU GUNUNG GENTING HIGHLAND KAT CINE KO X NAK PULAK CAKAP... BODOH LA KO NI..

    BalasPadam
  6. sah2 le nie si nizar tak lama lg masuk Hospital Mental Tanjung Rambutan gamak nye..hahahaha...

    BalasPadam
  7. @tanpa nama (18:53) nie meroyan pasal apa plak??dia nie spesis yg tergolong dlm pekebun2 yg kecewa ke??

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online