BREAKING NEWS

[VIDEO] Gambar penunggang kuda misteri di tengah rusuhan di Mesir...


Gua nak kongsikan dengan korang satu cerita dari Mesir di Dataran Tahrir. Kononnya dorang berjaya merakam satu kemunculan penunggang kuda misteri di tengah-tengah orang buat rusuhan.

Kalau ikut berita dari Agensi ni, dia kata imej penunggang kuda ni ialah "hantu". Tapi gua musykil lah.., takkan hantu pun nak berdemo suruh Hosni Mubarak letak jawatan?

Gua syak, yang ni sebenarnya bukan hantu.., tapi penunggang kuda misteri yang dihantar oleh parti cap bulan sebagai pemerhati politik. Sebab tu lah dia kaler hijau.. Hahahaha..

Korang semua bukan tak tau perkara-perkara ajaib yang boleh dilakukan oleh puak-puak berkopiah tu semua. Tambah-tambah lagi "karamah" yang ada pada Tok guru dorang si Pok Nik tu.

Kalau syurga pun dorang boleh claim puak dorang punya, so apa lah nak heran sangat dengan penunggang kuda hijau ni kannn...



Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi.

4 ulasan :

  1. Puak kepiah putih tentu percaya dengan gambar super impose ni kununnya rusuhan ini direstui...
    Mesir kucar-kacir kerana lama bersengkongkol dengan Yahudi dan jadi huru-hara pun kerana perbuatan Yahudi melalui facebook. Jaga-jaga Puak Aliran Sesat (PAS) dah tabur fitnah dan desak rakyat Malaysia melakukan revolusi yg sama seperti di Mesir dalam ceramah dan kempen mereka dengan bantuan student PMRAM Mesir pro PAS yg baru pulang Malaysia!

    BalasPadam
  2. Kenapa naik KUDA?
    Bukan kah naik UNTA lebih sesuai dangan mesir?

    BalasPadam
  3. lau xleh nak berkata yang baik..jangan berkata yg bruk.,lbih baik diam..

    BalasPadam
  4. ternyata megat alam gempita sempit akal orangnya.. semoga Tuhan memberikan hidayah kpdnya..AMIN

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online