BREAKING NEWS

PANASSS!!! Kenyataan rasmi Nik Aziz tentang pertemuan bersama UMNO.


Korang baca betul-betul dan nilaikan sendiri apa yang Pok Nik cakap ni. Kenapa dia nak berahsia sangat pasal perbincangan tentang pertemuan antara YDP Agong, Pemimpin UMNO dan juga Pemimpin PAS?

Sebelum ni, kalau sebut saja pasal kerajaan perpaduan, mesti meroyan tak ingat dunia punya orang tua ni. Tapi kali ni nampaknya dia lebih kool selepas berjumpa dengan Hadi Awang tadi.

Apakah ini tanda-tanda bahawa genjatan senjata serta perang dingin UMNO dan PAS akan berakhir? Lagipun, bila YDP Agong dah campurtangan, mesti bukan kecik punya hal baii..

MPP tengok dah makin ramai puak-puak pencacai PAS yang meroyan pasal isu Kerajaan Perpaduan ni. Punyalah menyumpah depa bila tau ada lagi usaha untuk wujudkan penyatuan bangsa melayu didalam politik negara.

Adalah dinasihatkan kepada semua pencacai PAS yang tak suka tu, bolehlah berambus masuk PKR atau DAP. Lepas tu bolehlah join senamrobik dalam masjid yang diketuai oleh Teo Nie Ching.




Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS



Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.


“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

6 ulasan :

  1. Boleh percaya ker Pok Nik nie... dia la segala2 manusia yg menghalang perpaduan islam... manusia nie lebih berhak mati dari hidup...

    BalasPadam
  2. "membangun bersama islam"
    biar betul N.ajis ni. merosakkan islam adala. tsk, tsk, tsk.

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama 15:11 Meh nak bagitahu satu rahsia...hehehe...korang nak tahu kenapa Pok Nik jawab playsafe macam ni?

    Dia sebenarnya taknak bagitau tentang perbincangan Unity Government tu kat korang semua. Dan dia tak boleh marah sebab benda ni dah libatkan YDP Agong..., pasal tu lah dia tak meroyan.

    Hahahaha..kesian Pok Nik.

    BalasPadam
  4. ..nih mesti ada kena mengena dgn kenapa dia dgn menantu kesygan nya terlepas dari SPRM tuh...hehehhhe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah kalau benar PAS bakal bersatu dengan UMNO.

    Insyallah!

    BalasPadam
  6. Hati Pok Najis ini berwarna hitam...selagi si tua ini bernafas ..kita jgn mimpikan perpaduan melayu.....SELAMAT TINGGAL NAJIS sbb dia mengangkat Karpal sbagai mentor PAS(Parti Ajaran Sesat)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online