Isu MC laki cikgu Mala ni nampaknya telah berjaya buatkan semua jentera PAS di Tenang terkincit-kincit nak menjawabnya. Blogger-blogger dorang pun dah macam ayam berak kapur je terkebil-kebil nak jawab isu ni.
Bagi gua, isu MC ni dah jadi satu pukulan TKO buat calon PAS dan juga pemimpin-pemimpin PAS yang datang berkempen kat sini. Walaupun bukan si Maarof ni yang jadi calon, tapi dia sanggup tipu MC pasal nak kempen untuk bini dia. Salah tetap salah baiii...
Hari ni, doktor pakar yang mula-mula bagi MC kat laki cikgu Mala pulak bagi kenyataan mempertahankan kesahihan MC dia. Doktor ni lah yang mula-mula bagi MC 2 hari pada Maarof dengan alasan demam, batuk dan jugak selsema.
Tapiii..., dia menafikan bagi MC kat Maarof kerana masalah kemurungan. Doktor pakar ni kata, dia hanya advise kan Maarof pergi jumpa dengan Pakar sakit jiwa berikutan dengan masalah tekanan yang dihadapinya.
So, kenapa pulak si Maarof ni tak pergi ke Pakar Psikitrik tetapi sebaliknya hanya pergi ke Klinik kesihatan biasa untuk cari MC? Yang ni lah bukti si Maarof ni sengaja nak menipu semata-mata untuk tolong bini dia berkempen.
Gua ni bukannya doktor, tapi gua ada kawan yang kerja di Klinik Kesihatan kat tempat gua. Setahu gua.., Klinik Kesihatan tak boleh keluarkan MC lebih dari 3 hari. Dan kes tekanan atau kemurungan tak boleh di kendalikan oleh Klinik Kesihatan.
Haaa..., korang nampak tak betapa penipunya puak-puak PAS ni hanya kerana nak berpolitik. Jadi, selama ni puak-puak dorang kata dorang tu mengamalkan prinsip kebenaran, ketelusan dan jugak keadilan.
Bila dah menipu secara terang-terangan macam ni baii..., kebenaran apa kejadahnya tuu? Yang si Normala tu pun tak tahu ke laki dia menipu MC? Kalau laki sorang pun tak boleh dijaga.., macam manalah dia nak jaga satu kawasan? Hahahaha....
Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, di sini menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.
Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.
"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selsema.
"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata ia berkaitan hal pertukarannya ke Johor Bahru.
“Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” katanya.
Dr Siti Juriah berkata, berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau cadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu ke Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.
“Bimbang masalah tekanan itu berterusan, saya mencadangkan beliau berjumpa doktor,” katanya.
Bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam. - SH
KLU ORG JOHOR CKP DIA NI KATEGORI "BIGAU" BROO KEHKEHKEH
BalasPadamKAHX3...BETUL CAKAP KO MPP. KLINIK KESIHATAN MANA BOLEH BAGI MC LEBIH DARI 3 HARI. AKU TAU LA SBB AKU KERJA DISITU..MMG DAH SAH KANTOI BELI MC NII. KAHX3
BalasPadam@Jeffry Bigau? Ayat baru bagi gua tu bro Jeff... Bagus.., bagusss...Hahahahaha...
BalasPadamBaru kena tukar sekolah dah tertekan atau takut nak tinggal bini nanti di kebas orang.........
BalasPadamKantoi...kantoi.....kantoi....
BalasPadamBini kalau dalam parti PAS,lakinya tentu dalam parti PIS. Agaknya,anak-anak akan menyertai parti PUS.
Jadilah parti apa yang disebut oleh kebanyakan orang parti PAS,PIS dan PUS.
Ek...ek...macam cerita P Ramlee pulak..MafPas..MafPis..dan MafPus..
@tabligh Ulasan terbaek dari bro tabligh... cayalah bro...hahahaha
BalasPadamDah jadi geng Parti Ahli Sair/Saqar mmg la menipu keje dia org
BalasPadam