BREAKING NEWS

Individu yang paling digeruni di Selangor.


Tahniah kepada Datuk Khusrin kerana memulakan dengan rasminya kerjayanya sebagai SUK Selangor yang baru hari ni. Ketibaan Khusrin ni pasti membuatkan seluruh gerombolan Pakatan di Selangor panas punggung.

Takut sungguh puak-puak ni dengan Khusrin. Mesti banyak rahsia besar penyelewengan mereka yang disembunyikan dan takut terbongkar jika Khusrin ni dibiarkan jadi SUK.

Patutlah nama yang paling atas Khalid gagap cadangkan pada Sultan ialah Xavier. Kalau SUK dari kalangan kroni sendiri, senanglah mereka nak kowtim apa-apapun.

Pasal tu lah mereka meroyan sangat bantah perlantikan Khusrin sehinggakan ada yang sanggup kata Sultan Selangor EGO kerana tak mahu campurtangan.

Dan hari ni, Khalid gagap dah pi jumpa Sultan, tapi dia pulang hampa kerana Sultan pun tak mahu tolong dia. Lepas tu dia cuba pulak nak salahkan UMNO pasal batalkan kuasa Raja.

Khalid oii...kalau Sultan Selangor ada kuasa sekalipun, baginda mesti takkan ikut cakap hangpa punyalah. Dulu semua pembangkang bukan main hentam Sultan masa kes Nik Aziz kata boleh berpolitik didalam masjid.

Lepas tu puak-puak Pakatan semua marah kat Sultan pasal isu Teo Nie Ching bertazkirah dalam surau di Kajang Sentral. Sekarang bila terdesak, pandai pulak mangkuk hayun semua ni cari Sultan nuu... Banyak cantik!!!

Sekarang Khusrin dah masuk ke pejabat SUK.., tunggulah saja pendedahan demi pendedahan tentang salah laku yang dibuat oleh kerajaan Pakatan selama hampir 3 tahun memerintah Selangor.

Khusrin umpama mimpi ngeri buat seluruh gerombolan yang dikepalai oleh Khalid Ibrahim di Selangor. Mesti hari-hari mereka  selepas ini takkan seceria dulu lagi. Nak curi pasir pun susah laa lepas ni...hahahahaha....

1 ulasan :

  1. Apa la yg di takutkan sangat dengan khusrin tuu... musykil aku nak bagi undi lagi...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online