Ini entry yang gua rembat dari blog MSO. Sikit pun gua tak edit untuk mengekalkan keasliannya. Terima kasihlah pada wak MSO untuk berita ni. Walaupun berlainan fahaman, perpaduang tetap perpaduang kann... Hahaha..
Menarik ni... Kalau betul si Shuhaimi ni nak letak jawatan, bermakna dia betul-betul sudah salah la baii... Dalam kata lain, sudah takut la tuuu....
Apa-apa pun, korang tunggu je lah perkembangan selanjutnya ye... Manalah tahu nanti mamat ni tak jadi letak jawatan pulak disebabkan pujukan Anwar.
Mesti meroyan Khalid gagap kalau betul berita ni... Layannnn...
Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.
Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.
Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.
Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? - MSO
UPDATE!! Hebahan media; segala hormatnya dijemput ke Sidang Media Yb Tuan Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda akan umum p'letakan jawatan sebagai Adun di pej. Jln anggerik vanila 31R Kota kemuning (tel 5122 0050) jam 10.30 pagi 12 Jan (rabu).
Budak suhaimi ni mesti dah takut lepas rakyat selangor mengamuk bakar patung dia. Tahniah rakyat selangor!
BalasPadamKalau betullah kan, kira berjayalah usaha yg dilakukan utk bagi tekanan pada adun derhaka ni. Bravo u all.
BalasPadam