Gua salute pada Pengerusi baru FELDA yang sorang ni... Walaupun puak-puak Pakatan gelarkan dia sebagai pendek, katik dan macam-macam lagi, tapi ini bukan sebarang pendek baii... Ganas wooo mamat nii...
Bagi gua, Isa Samad ni adalah salah sorang pemimpin parti cap keris yang cukup hebat dan tak ada belas kasihan bila hentam puak-puak Pakatan. Itu yang buat gua respek kat dia.
Kalau korang pernah dengar ayat ceramah dia, memang bisa baii... Mengelupur dan bernanah telinga puak Pakatan bila dengar Isa ni berceramah. Pendek kata.., ayat dia memang tip top lah..
Semalam Isa Samad diraikan oleh 1000 masyarakat cina di Tenang. Dalam pada tu, sempat lagi Isa membalun Anwar dan juga Nik Aziz dalam ceramah dia. Gua yakin, kalau Anwar atau Nik Aziz dengar ceramah Isa ni.., menangis gua cakap luuu...
Ni ada sikit ucapan ceramah dia yang gua kongsikan bersama korang semua...layannn..
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah menjadikan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya sewaktu memberi ucapan ketika diraikan oleh lebih 1000 masyarakat cina di Tenang semalam.
Sambil menyifatkan Anwar sebagai penipu nombor 1 negara, Isa telah memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.
"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.
"Semua ini tipu. Kita BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.
"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham, kita kena belajar.
Tapi macam mana Karpal Singh dan Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.
faham islam?tiada beristinjak dah faham islam?islam kulit memanglah dia cepat faham.kalau islam isi dia dapat fahaman ke?kalau dia faham islam tentu dia faham siapa dirinya yg sebenar.semua mahluk yg bernyawa semua sujud kepada Allah.ungkapan sp ini dia dah faham ke?ungkapan sp dari Allah kembali kepada Allah apa dia dah faham ke?hanya 2 rakaat sembahyang yg diterima Allah,dia faham ke?mana yg dikatakan sembahyang,dia faham ke?lahir manusia lahir sembahyang dia faham ke?manusia yg dikutuk Tuhan ialah mereka yg menyebut Allah tetapi tidak mengenal Allah!
BalasPadam