BREAKING NEWS

ANWARLEAKS!!! CNN dedahkan Anwar bersubahat dengan pengganas...


Dulu bila kita kata dia ni pengkhianat bangsa, dia meroyan bagai nak gila marah kat semua orang. Sekarang ni korang tengoklah sendiri.., CNN pun kata dia ni perosak alam.

Dalam negara dia buat huru hara nak jatuhkan kerajaan, di luar negara dia berpakat pulak dengan pengganas untuk menganggu ketenteraman dunia...

Apalah punya jenis manusia Anwar Ibrahim ni haa? Tak habis-habis menyusahkan orang lain dengan ideologi politik tiga suku dia. Macam ni ke yang dorang semua nak angkat jadi Perdana Menteri Malaysia? Alamat hancurlah negara kalau mat bontot ni jadi PM lepas PRU13 nanti.

Bawah ni gua tempek kenyataan balaci Anwar si Nik Nazmi yang menafikan laporan CNN dalam TMI. Dah mula panas punggung dorang ni semua sebab tembelang Anwar dah pecah. Hahahaha..

Laman berita The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’.

Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan).

Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato’ Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.

‘Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: “Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas.”‘

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online