RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.
Walaupun mereka menaiki kereta perisai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.
Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan.
"Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.
Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya.
"Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium," katanya.
Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.
Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.
Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut. - KOSMO
Fuhh...memang dahsyat fanatik-fanatik Indon nih...sampai main ugut nak tembak. Sebab tu lah pemain-pemain negara terpaksa diusung dengan kereta perisai waktu nak masuk stadium.., kena ugut rupanya.
Tapi syukur kerana pasukan negara selamat dan kita boleh bercuti hari ni. Harap-harap sesiapa yang tak suka Malaysia dapat piala tu tak cuti ye. Dan siapa yang tak suka dengan Najib pun tak payah cuti sebab Najib yang isytihar.
Kalau pemain bola kita kena ugut tembak pasal nak main bola di Indonesia, di Kedah, ada berita tentang pekerja-pekerja kilang yang diugut potong gaji jika cuti pada hari ini. Ini sebenarnya perangai KOMUNIS! Main ugut-ugut.
Tadi ada kawan-kawan bagitau, di kawasan perindustrian HiTech Kulim Kedah, banyak majikan kilang-kilang disitu yang tak mengiktiraf cuti umum hari ni. Disana, walaupun mereka didalam kawasan negeri Kedah, tapi mereka ikut jadual cuti seperti P.Pinang iaitu cuti Sabtu dan Ahad.
Jadi sepatutnya, hari ni adalah cuti umum dan sesiapa yang berkerja patut diberikan 3x gaji. Tapi kilang-kilang dikawasan Kulim Hitech tak pedulikan semua ni terutamanya kilang-kilang yang majikannya adalah cina kiasu.
Mungkin disebabkan cina-cina kiasu jadi tokey kilang ni duduk didalam negeri pembangkang, mereka pun dah jadi pembangkang agaknya. Semua pakat-pakat nak lawan kerajaan Malaysia.
Dan difahamkan melalui kawan-kawan jugak, sesiapa diantara pekerja-pekerja yang membuat aduan ke Pejabat Buruh tentang ketidak adilan majikan-majikan cina kiasu ni, bakal menerima tindakan pemotongan gaji, tidak dibenarkan buat OT, bebanan kerja lebih dan juga tak dibayar bonus.
Kalau dah jenis cina kiasu, duduk di bidang mana pun perangainya macam komunis lah jugak. Kalau dalam politik, ada puak-puak DAP. Dan kalau berniaga, contoh terbaik ialah majikan-majikan cina macam di Hi Tech Kulim ni lah.
Katanya polisi pentadbiran Azizan Razak ialah membela kepentingan bangsa melayu, hal ni dia takmau pi check ke? Melayu dok kena tindas nu kat Kulim Hi Tech, pi tengok sat. Jangan dok asyik jawab tak tau saja memanjang.
Catat Ulasan