BREAKING NEWS

Ini mesti kerja APCO..., Lambang UMNO di beg sekolah...


Hari ni PAS Taman Kinta dan juga Adun TEJA Chan Lih Kang, membuat bantahan terhadap sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar miskin yang dibuat oleh UMNO/BN di kawasan tersebut.

Mereka membantah penggunaan logo Satu Malaysia dan UMNO serta bendera parti Barisan Nasional yang diletakkan dibahagian hadapan beg sekolah tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa beg sekolah ini dijadikan alat politik bagi meracuni pemikiran anak-anak sekolah.

Saya tak menyokong usaha yang dilakukan oleh UMNO di Perak ni. Bukannya apa, kalau UMNO dibenarkan bagi beg sekolah berlambangkan parti serta dipakai pula oleh budak-budak sekolah setiap hari, PAS, PKR dan DAP juga akan buat benda yang sama.


Saya pun tak suka kalau melihat anak-anak kita bawa bendera parti politik ke sekolah kerana kerana kita tak patut mempergunakan anak-anak kecil yang masih belum tahu apa-apa.

Jadi didalam hal ini, saya bersetuju dengan pihak pembangkang yang membantah penggunaan logo UMNO dan BN tersebut. Kalau guna logo 1Malaysia tu kira ok lah lagi sebab ia melambangkan perpaduan kaum didalam negara. Kalau logo parti tu rasanya tak payahlah.

Sedikit nasihat buat UMNO, kalau nak glamer sekalipun, tak payahlah buat benda-benda bangang yang boleh merosakkan imej parti. Kalau kita tak suka PAS, PKR dan DAP mempergunakan anak-anak sekolah didalam agenda politik haprak mereka, kita pun jangan lah jadi bahalol macam depa jugak.


Hari ni UMNO bagi sumbangan beg yang berlambangkan parti, besok PAS pula bagi derma kasut lambang bulan, lusa PKR bagi hadiah jam cop mata dan tulat DAP bagi sedekah talipinggang cap roket. Cuba bayangkan keadaan anak-anak kita bila pakai semua tu pi sekolah.

Politik tu politik lah juga.., cuma berpolitik lah guna akal dikepala, bukan guna kepala lutut! Anak-anak kecil kita memang tak tahu apa pasal politik, tapi jangan pulak kita yang tua bangka ni akal mengalahkan budak-budak pula. Malu wehh...


p/s: Inilah jadinya bila ada ahli politik separuh masak didalam UMNO...

8 ulasan :

  1. Kenapa dengan UMNO ni?

    BalasPadam
  2. Inilah contoh kerja dan hasil pemikiran Pemimpin yang tidak matang, tidak mahu berfikir, tidak berpandangan jauh, tidak berwibawa, tidak merancang dengan baik dan tidak faham strategi.

    BalasPadam
  3. Pas pun sama perbuatannya. Pelajar sekolah pondok dikerah untuk dengar ceramah politik..... ape bezanya.........

    Tuupun kerja giler pemimin Pas jugak kaaan

    BalasPadam
  4. kesian budak -budak tu kecik kecik jadi yahudi, cuba tengok kopiah tu yang putih kecik macam lebai yahudi zionis cuma tak anguk-anguk masa baca kitab diorang. ha ha ha

    BalasPadam
  5. klau betul umno yg buat, tu goblok namanya. kekadang benda2 goblok mcm tupun ada gak org teringin nk buat. klau aku cikgu, aku suruh budak2 tu bg beg tu kt mak bapak dia, isi sayur balik pasar. aci ke budak2 bwk beg lambang parti ke sekolah? goblok tahap gaban tul la. saja je nk angkat bola tanggung!!!

    BalasPadam
  6. @usin Sokong benor bro usin....ntah-ntah kaki ampu punya idea tu...masyuk jugak kalau dapat projek cop logo parti...hahahaha

    BalasPadam
  7. Luwaa...luwaa samaaa booloo ikut wa punya cakap maaaa....mali njilat wa bunya bontot

    BalasPadam
  8. PASPIG cuba wat lawak ke, bis tu setiap tabika PASTI diaorg tu kbnyakan bdk2 d sana kena kepiah PAS,
    bkn tu sj siap kena pakai bj seragam yg brlambangkan PAS, itu bkn sumbangan tp wajib kena beli oleh mak bapak bdk2 tu, jd apa masalah ngan otak2 PASPIG ni.. x suka sumbangan tu jgn amik la, org pun x paksa nk suruh terima ke dak....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online