BREAKING NEWS

Mazlan Aliman lupa jasa FELDA kepadanya...


Pepatah melayu ada berkata, ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Itulah sebenarnya yang boleh saya umpamakan dengan Ketua Pemuda PAS Johor dan juga Exco PAS Pusat Mazlan Aliman.

Kelmarin didalam sebuah akbar pro pembangkang iaitu Malaysiakini, Mazlan Aliman telah menyalahkan FELCRA yang kononnya telah menyeleweng didalam projek agropolitan di Pulau Bangi, Kudat Sabah.

Sebelum ini Mazlan juga telah menyerang FELDA dengan matlamat bagi memburukkan agensi tersebut. Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS ini kini bertindak pula "menyerang" FELCRA pula.

Saya percaya, tindakan Mazlan ini hanyalah bertujuan untuk membuatkan para peneroka FELDA dan FELCRA memusuhi kerajaan. Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh Mazlan dan juga PAS.

Siapa Mazlan Aliman yang terlampau sibuk sangat menghentam FELDA dan FELCRA ni...? Jom kita tengok "sejarah" manusia yang wala' kepada PAS nih..

Mungkin ramai tak mengetahui Mazlan Aliman ni sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan hasil dari duit FELDA. Dia merupakan anak kepada peneroka FELDA Bukit Ramun Johor.

Keluarga Mazlan mulai menyertai FELDA pada tahun 1969, dan kekal di Bukit Ramun sehinggalah Mazlan besar. Disini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa "darah FELDA" yang mengalir di setiap inci tubuh Mazlan tetapi dia masih tak sedar diri apabila "menderhaka" kepada FELDA.

Mazlan Aliman juga telah mendapat pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia. Jadi, apa lagi yang dia tak puas hati dengan pihak kerajaan?

Terbukti selama ini juga, ahli PAS ini hidup senang hasil dari bantuan FELDA serta kerajaan Barisan Nasional. Mengapa Mazlan Aliman ini masih lagi tak sedar diuntung? Adakah kerana dia berkahwin dengan seorang guru PASTI, segala jasa dan juga bantuan kerajaan kepada dia dan keluarga dilupakan begitu saja?

Inilah contoh terbaik manusia yang digelar kacang lupakan kulit. Mazlan sanggup memperkudakan warga FELDA supaya memusuhi pihak kerajaan demi kepentingan politiknya didalam PAS.

Banyak lagi yang akan saya dedahkan sedikit masa lagi tentang Mazlan Aliman, manusia tak sedar diuntung semata-mata kerana "bertuhankan" PAS ini. Sudahlah tak tahu berterima kasih diatas segala bantuan yang kerajaan berikan, kini dia pula bertindak "menggigit tangan" orang yang pernah memberikannya makan.

Bagi saya, inilah jenis yang boleh dilabelkan sebagai "binatang politik" !

4 ulasan :

  1. Aliman ni manusia hipokrit, memfitnah sana sini kununnya berjihad demi menempah nikmat surgawi yg dijanjikan pemegang konci sorga Najis. Jiwa dia kotor kerana hasil Felda dia makan tapi tak bersyukur sebaliknya maki hamun kerajaan.
    Lepas ni tugas dia menghentam n spin RISDA plak kununnya kerajaan tipu harga getah n penoreh di 'sebuah estet' akan menjadi mangsa terbaru PAS kutuk kerajaan...tunggu!!!! BPN bersedia utk membalas!!!

    BalasPadam
  2. Pelik jugak ni apa la besar sangat sumbangan PASTI dlm hidup budak ni sampai jadi sasau menyerang felda yg dah banyak bantu budak ni dan keluarga dia.

    BalasPadam
  3. DIA SAJE LUPE ATAU BUAT2 LUPE YG ABG DIA LBEY BERJAYA DARI DIA. TU YG DIA JELES KAT FELDA SBB DIA MEMBONGOKKAN DIRI DIA SENDIRI AKIBAT HASUTAN ORG LAIN KEHKEHKEH

    BalasPadam
  4. spesis hanjing macam tu lah,apa nak dikatakan...menggigit tangan yang memberi makan,menyalak melolong sana sini sedangkan ekor bertempek dengan taik sendiri...

    kalau difikirkan balik,hanjing pun x buat macam tu,sekurang-kurang ia ingat org yg memberikan ia makan dgn menggodek-godek (wagging) ekor bila berjumpa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online