BREAKING NEWS

Kempen terakhir jentera PAS di Galas...


Suasana malam di sekitar Bandar Lama dan Bandar Baru Gua Musang sekarang ini penuh sesak dengan penyokong PAS serta pengundi luar yang bersedia untuk hari pengundian besok. Jalanraya utama Gua Musang ini penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu masuk dari luar.

Dari apa yang saya lihat, kebanyakan kereta yang masuk ke sini membawa penyokong PAS yang boleh dikenali dengan kibaran bendera dan juga melalui cara pemakaian mereka.

Saya diberitahu, petugas-petugas PAS yang baru tiba dari luar kawasan pada petang tadi terutamanya dari Perak dan Selangor, telah mula menjalankan kempen dari rumah ke rumah bagi merayu undi.

Saya sempat bersembang dengan kumpulan muslimat PAS yang baru tiba dari Ampang Selangor tentang destinasi kempen mereka di malam terakhir ini.

Saya difahamkan oleh kumpulan muslimat ini, jentera PAS akan mengedarkan risalah serta makanan dari rumah ke rumah bermula dari Bandar Baru hinggalah ke kawasan perkampungan Sungai Terah.

Antara barangan yang mereka bawa bersama ialah bungkusan bihun goreng dan juga peket-peket gula 2 kilo disamping risalah tentang calon PAS Dr Zulkifli. Kata mereka, inilah barangan yang akan mereka edarkan.

Selain itu, akhbar Harakah edisi Khas juga telah diedarkan disepanjang jalan disini secara percuma.

Dengan berbaki hanya kurang satu jam, PAS semakin giat melakukan kempen terakhir mereka. Dan laporan awal yang saya terima, ramalannya agak kurang menyenangkan bagi malam terakhir kempen di Dun Galas ini iaitu 51% memihak kepada PAS berbanding 49% BN.

Walaubagaimanapun, kita tunggu saja keputusan dihari mengundi besok. Semoga Allah memberi kemenangan di pihak kita.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online