Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kebaikan FELDA yang cuba Mazlan Aliman sembunyikan..
Comments : 1
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS, Mazlan Aliman sebenarnya cuba mengabui mata rakyat tentang faedah yang telah diberikan oleh FELDA terhadap peneroka-penerokanya.
Seboleh-bolehnya, binatang politik dari PAS ini mahu para peneroka membenci FELDA. Ini matlamat sebenar Mazlan bagi membolehkan dia mengaut keuntungan dari kemarahan peneroka-peneroka terhadap agensi kerajaan tersebut.
Selama ini, Mazlan dan juga pembangkang di Malaysia menuduh bahawa FELDA telah berlaku zalim kepada para peneroka dibawahnya. Apakah dakwaan ini benar?
Mungkin ramai diantara peneroka yang kurang peka tentang sumbangan yang FELDA berikan selama ini. Mereka-mereka yang dengkikan agensi ini hanya mewar-warkan bahawa FELDA menindas peneroka sedangkan sebenarnya FELDA langsung tak mendapat apa-apa dari ladang milik peneroka secara terus.
Sebaliknya Felda yang memberi perkhidmatan PERCUMA kepada peneroka dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan, membina pelbagai kemudahan, infrastruktur, mengadakan program pembangunan sosial, insentif, kebajikan, pendidikan serta kemahiran kepada generasi muda Felda.
FELDA cuma memperolehi sumber pendapatannya dari ladang TANPA peneroka yang diambilalih serta diurus secara komersial. Selain itu, pelaburan keatas hasil pertanian juga menjadi sumber yang dijana oleh pihak FELDA. Dan bakinya, FELDA menjana pendapatan melalui sumber dalaman mereka sendiri.
Hasil yang diperolehi melalui ladang milik peneroka sebenarnya adalah hasil mutlak peneroka dan langsung tak disentuh oleh pihak FELDA. Dalam erti kata lain, FELDA hanya membantu didalam aspek pengurusan, tetapi hasil keuntungan diperolehi sepenuhnya pemilik ladang.
Inilah fakta sebenar yang cuba ditutup oleh Mazlan Aliman dan juga Pakatan Pembangkang. Mazlan dan PAS kini menuduh bahawa FELDA amat zalim kepada para peneroka dibawah naungan agensi tersebut.
Tetapi dengan segala fitnah serta tohmahan jahat terhadap FELDA yang cuba dicetuskan oleh "binatang-binatang politik" pembangkang ini, siapakah yang zalim sebenarnya?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Perhatian !! HamPas dah hantar askar upahan serang lubuk melayu. Umno bertindak sekarang. Kita serang hendap. Jgn tggu lma2.
BalasPadam