BREAKING NEWS

Guan Eng hina OKU di P.Pinang..


Selepas saya mendedahkan mengenai cadangan kerajaan DAP P.Pinang dan Khalifah Lim Guan Eng yang akan memberikan elaun bulanan sebanyak RM8.30 sen kepada Orang Kurang Upaya (OKU) bermula pada 2011 (baca sini), saya telah menerima satu email yang "amat mesra" dari penyokong DAP/Pakatan.

Pengirim email tersebut mencabar saya untuk membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN menjaga dan mengambil berat tentang nasib OKU di P.Pinang.

Baginya, pemberian elaun dari Khalifah Lim sebanyak RM8.30 sen tersebut adalah bantuan yang pertama seumpamanya kepada OKU di P.Pinang.

Diatas alasan inilah, si pengirim email ini mencabar saya memberikan bukti tentang bantuan UMNO/BN kepada OKU jika ada.

Dan, untuk tak menghampakan si pengirim email tersebut, saya telah menghubungi rakan yang berada di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi mendapat maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan Orang Kurang Upaya.


Ini bukti menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO/BN lebih prihatin terhadap golongan OKU di Malaysia melalui bantuan bulanan JKM yang berkali ganda jauh lebih tinggi dari apa yang diberikan oleh DAP dan Guan Eng.

Ini juga menunjukkan bahawa dengan pemberian RM8.30 sen sebulan oleh kerajaan DAP P.Pinang, Guan Eng nyata seolah-olah menghina golongan Orang Kurang Upaya tersebut!


p/s: Lapan ringgit tiga kupang sebulan...nak buat beli beras sekampit pun tak lepas...

3 ulasan :

  1. RM8.30 tu diberikan kepada OKU adalah lebeh kurang sama nilainya sebungkus kertas tandas, bagi pengguna yang menggunakannya. OKU juga harus sedar bahawa guan eng hanya mahu memberbodoh2kan sahaja . yang mana hakikatnya tidak masuk akal nilai yang sebegitu untuk bantuan bagi orang yang kurang upaya sedarlah semua....

    BalasPadam
  2. RM8.30 sebulan utk membeli tisu RM0.20 supaya mereka meminta sedekah psl kerajaan Pulau Pinang perihatin dengan golongan OKU yang xde keje...

    bangang punya ketua menteri pulau pinang

    BalasPadam
  3. Begitulah pembangkang si mamat tu. Dia masih dok di bawah tempurung. Eloklah bagi dia reti sikit. Tkasih.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online