Beberapa kain rentang 'Kami tak nak wang judi' berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah digantung di beberapa lokasi sekitar negeri ini. Terdapat juga banner yang bertulis 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam'.
Tak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab menghasilkan banner-banner ini tetapi pihak PAS dengan pantas menuduh UMNO/BN yang menjadi dalang disebaliknya.
Pihak PAS juga dengan segera menugaskan jenteranya untuk menurunkan banner-banner tersebut sebelum ia dilihat oleh masyarakat sekitar P.Pinang.
Ini dipercayai bagi mengelakkan timbulnya persepsi buruk terhadap imej PAS kerana banner tersebut memppunyai lambang parti mereka.
Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa, kain rentang ini dihasilkan oleh para penyokong PAS yang tak setuju dengan pemberian duit hasil judi kuda kepada warga emas.
Mereka ini dikatakan telah berkerjasama dengan NGO bebas di P.Pinang bagi menyatakan pendirian sebenar PAS terhadap penolakan terhadap wang judi sepertimana yang diberikan oleh keraJaan negeri DAP.
Jika benarlah ahli PAS sendiri yang membuat banner-banner tersebut, ia merupakan tindakan yang harus kita puji kerana ia melambangkan bahawa PAS amat komited didalam menolak sebarang unsur judi didalam negeri.
PAS dari awal lagi sepatutnya menasihatkan kerajaan DAP negeri tentang wang yang halal untuk disalurkan kepada umat Islam negeri P.Pinang, bukannya hanya mengangguk setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kafir tersebut.
Tapi masalahnya, beranikah PAS mengakui bahawa banner-banner ini adalah hasil karya ahli-ahli mereka? Beranikah Salleh Man angkat muka dihadapan Khalifah Lim Guan Eng?
p/s: Didalam PAS semuanya halal..
Tu nak alih perhatian rakyat saja tu. Bukan betul-betul tolak pun.
BalasPadamBuktinya bersepakat dengan DAP.