Apa nak jadi pada puak-puak PAS ni? Asyik nak kerja menfitnah orang saja. Dah tak ada kerja lain gamaknya juak-juak ni..
Sekarang Mufti Perak dah sahkan bahawa Dr Zambry tak melakukan sebarang perbuatan syirik dan khurafat. Apa puak-puak PAS nak kata? Mesti lepas ni dorang akan kata TS Harussani adalah ulamak upahan UMNO. Dah memang mentaliti PAS macam tu...nak buat macam mana kannn...
Bukan main lagi PAS dok canang pasal Dr Zambry ni. Ni semua mesti kerja anak buah Nizar DAP yang masih dok meroyan kata dia MB Perak yang sebenar. Tapi puak-puak ni tak pulak bising masa Nizar pegang lilin dan terhangguk-hangguk di depan gambar TBH dulu.. Takkan double standart kot?
Juak-juak PAS jadi macam ni sebab fahaman waharamu walhalalku Nik Aziz lah.. Apa yang PAS buat semuanya ok dan "halal". Tapi kalau UMNO buat, benda baik pun jadi haram di pemikiran puak jumud PAS!
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong Kuala Kangsar, bulan lalu.
Katanya, ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.
“Selepas mendapat gambaran daripada Dr Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai niat melakukan perkara itu malah tidak mengetahui majlis berkenaan diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.
“Menteri Besar memberitahu beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, Zambry juga melakukan perbuatan menaikkan tiang seri atas permintaan orang ramai, malah beliau tidak tahu ancak dan mengatakan tidak berniat.
“Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat,” katanya.
Oooo...baru saya tau, kalau syirik kena niat tapi kalau PERBUATAN tak pa oooo...kalau TAK TAU pun tak pa oooo...
BalasPadambab nie kna tanya nik ajis nie..
BalasPadamdya lg tau.. haha...