Bila ada saja kereta terbakar di dalam negara, puak-puak pembangkang tuduh RON95 lah puncanya. Macam lah tiada idea lain yang nak di spin oleh puak-puak ni...
Samalah macam kerajaan dituduh jahat apabila peratusan penagih dadah dan juga mat rempit meningkat di negara ini. Macamlah kerajaan ni tak ada kerja lain selain dari melingkupkan rakyat!
Teori terbaru dan sering diperkatakan sekarang ialah mengenai petrol RON 95.
Soalan saya kepada anda :
1- mana anda tahu dan yakin, kereta yang terbakar itu menggunakan RON 95?
2- dalam banyak-banyak kenderaan yang terbakar, anda pasti ke ianya terbakar berpunca dari petrol?
3 – tahukah anda, kebanyakan kes kebakaran kereta, sebenarnya berlaku akibat litar pintas - semuanya hasil kreativiti rakyat Malaysia yang amat gemar menyambung, menyilang dan ‘menambah baik’ sistem pendawaian terutama sistem audio di dalam kenderaan mereka.
4 – tahukah anda, ‘spark’ dari bateri yang ‘terusik’ ketika kemalangan juga boleh mengakibatkan kebakaran
5. dalam beberapa kes yang berlaku, geseran logam /badan kenderaan di atas jalan mungkin akibat gandar tayar yang patah, mampu menerbitkan ‘spark’ yang boleh mengakibat kebakaran.
6 – beritau saya, petrol mana yang tidak akan terbakar jika terkena api/percikan api.
7 – tahukah anda, RON 95 digunakan di semua tempat seluruh dunia, tetapi di Malaysia , ia terlalu digembar gemburkan mengenainya.
8 – jika anda terlalu sibuk untuk mengeluarkan berbagai teori, malah ada yang mahu diadakan kajian, biarlah saya jelaskan – kajian yang akan diadakan itu sebenarnya anda boleh buat sendiri. Bagaimana caranya, saya tak perlu jelaskan. Jika anda tau bagaimana bermain api, maka ikutlah cara itu.
9 – sebelum saya simpulkan, apakah sebenarnya yang menyebabkan orangramai beria-ia mendakwa RON 95 senang /mudah menyebabkan kebakaran, biar saya berikan 1 senario ini:
Masih ingat tentang berbagai SMS berantai yang selalu anda terima dan mungkin ada lagi yang menerimanya?
Masih ingat, betapa murahnya hati anda, sebenarnya mengayakan syarikat TELCO semata-mata anda forwardkan berbagai SMS seperti ini:
“Hantar SMS ini kepada 10 rakan anda, pasti anda akan berbahagia…”
atau
“Syeikh Temberang pernah berkata, barangsiapa tidak mengingatkan rakannya, betapa bertegur sapa itu, memutuskan silaturrahim, maka dia akan ditimpa musibah. Sila sebarkan kepada 100 rakan anda sebagai tanda anda bertegur sapa…”
atau entah-apa lagi yang mengarut.
Anda tahu kenapa SMS itu wujud?
Semata-mata untuk ‘menyedut’ kredit anda untuk di’tabungkan’ kepada TELCO anda.
Jadi, teori saya pula mengenai RON 95 yang kononnya mudah menyebabkan kebakaran ialah:
Ia mungkin dicipta (mungkin, bukan tuduhan, tetapi teori) ianya dicipta oleh pakar-pakar perang saraf/konsultan syarikat minyak sendiri, supaya anda membeli RON 97, supaya mereka akan mendapat ‘cash-flow’ yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih banyak.
It is a in-correct to think that RON97 petrol are able to produce more power than RON92. In fact that a higher RON number actually means the fuel combusts less easily! If you engine does not require RON97 and can work on RON95, pumping RON97 will likely only result in a waste.
- Fakta teori ehsan dari Bro Onscene
p/s: Senang macam ni lah..., kalau pengikut-pengikut pembangkang takut sangat nak pakai RON 95, guna sajalah RON97. Takpun naik saja basikal untuk ke mana-mana.. habis cerita dan tak payah melalak ke hulu ke hilir...
Pembangkang sebenarnya sakit jiwa dan senak otak sebab kerajaan berjaya kekalkan harga minyak melalui ron95. Maka modal politik untuk menjatuhkan kerajaan dah kureng. itu yang buat pembangkang sakit jiwa.....
BalasPadamKalau boleh siang malam pembangkang berdoa agar rakyat susah dan merana sebab senang nak salahkan kerajaan yang memerintah. dia pun lupa yang dia juga dah jadi pemerintah dibeberapa buah negeri.
paling selamat naiklah unta..
BalasPadamDulu aku guna Ron95... kereta jalan tak berapa nak lancar... pastu guna Ron97... kereta meluncur laju dan lebih selesa dari dulu... tak tau apa nak cakap ... guna sendiri baru tau... kawan2 pun dah ramai yg beralih ke ron97. Mahal sikit takpe... asalkan kereta lebih tahan lama dan selesa memandu...
BalasPadambenda ni sendiri fikirlah..takde paksaanpun korang nak guna minyak apa.
BalasPadamaku lebih suka isi minyak ron95 sebab murah..kalau kereta aku boleh pakai air je lagi aku suka.
pembangkang dah semestinya membangkang. sedangkan mereka sendiripun tak tahu apa yang mereka bangkang.
kalau suruh mereka selesaikan masalah ni, jawapan mereka senang saja. turunkan harga minyak. itu saja modal mereka. benda lain tak tahu.
pembangkang kat malaysia ni taraf lubang kunyit je...tau menyalak je..apa yg disalakkan dia pun tak tau...tengok le YB diorang si Mahfuz Bean tu..apa punya YB tu??
BalasPadamsalam mpp,
BalasPadamsapa ya mahpuz tu? ooo.. dia tu mojo jojo, yg selalu kena boomerang dlm power puff girls tu la. sekali dia plan, 10 kali dia kena balik. plan makan tuan..itulah si mahpuz MOJO JOJO!!!
klaka aku bc komen dr miak bujat..ko pkai kereta ape..nissan sunny thn 90an ke..hahaha..xpnh lg syarikt kereta kate gune ron95 kereta xbrape lancar..nmpknye mamat ni lg terer dr engineer2 syarikt buat kereta..ntah ape kajian die buat aku pon xtau..hahaha..
BalasPadamtepuk dada tanya selera..apa nak bising-bising. Dulu kondem kereta buatan malaysia, skg ni puak dia org le yg banyak pakai, main hutang pulak tu..riba tak haram ke..eh lupa pulak..kalu kena kat dia org hukumnya halal!!!!!!!!!
BalasPadam