BREAKING NEWS

PKR Tak Layak bertanding di Batu Sapi.



Oleh Spy Leman.

Kemampuan PKR menyatupadukan ahli-ahlinya dan mengekalkan pengaruh di Sabah bakal teruji dengan Pilhanraya Kecil yang bakal diadakan di P185 Batu Sapi.

Spy jangkakan bahawa laluan Pakatan Rakyat akan sukar jika mereka tetap meletakkan calon dari parti PKR untuk menentang calon Parti Bersatu Sabah dari Barisan Nasional.

Peluang Pakatan mungkin akan lebih cerah sedikit jika calon PAS diletakkan untuk bertanding di Parlimen tersebut. Jika Anwar berdegil untuk menempatkan calon dari partinya seperti saranan dari Azmin, ini bermakna akan memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Ramai yang sedar bahawa PKR sekarang ini berdepan dengan masalah imej parti yang terjejas teruk berikutan insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan parti tersebut.

Ini tak dikira lagi kegagalan projek 16 September yang meranapkan terus kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia didalam negara dan juga di mata luar.

Dan senario keluar parti beramai-ramai dikalangan pemimpin dan juga ahli-ahli PKR di semenanjung juga bakal mempengaruhi sokongan pengundi Sabah terhadap parti tersebut.

Semua faktor-faktor ini menjadikan PKR dilihat sebagai sebuah parti yang kucar-kacir dan tidak berwawasan. Selain itu, rakyat mula buka mata dengan perangai sebenar pimpinan PKR yang hanya mementingkan diri sendiri dan begitu tamakkan kuasa.

Mengikut pemerhatian Spy, PAS lebih popular di Sabah berbanding PKR. Ada satu tinjauan yang dibuat di kawasan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Pungutan suara di Lupak Meluas menunjukkan bahawa 25% rakyat kawasan tersebut memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP, 54.0% memilih BN dan 1.17% tidak membuat keputusan.

Begitu juga ketika mereka ditanya tentang sokongan mereka terhadap parti-parti didalam Pakatan Rakyat. 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.

Selain itu, Anwar dan Nik Aziz ketinggalan jauh dari segi populariti diantara pemimpin-pemimpin politik didalam negara. Pungutan suara yang dibuat menunjukkan 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Anwar Ibahimdan 3.03% memilih Nik Aziz sebagai pemimpin terhebat.

Keadaan yang amat menarik Spy lihat di kawasan mengundi Batu Sapi sendiri. Ketika ditanya tentang keyakinan majoriti rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat, 25.45% telah menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.

Semua ini menunjukkan bahawa rakyat masih menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Spy ingin nasihatkan kepada pucuk pimpinan PKR supaya lupakan saja niat untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi. Mereka sebenarnya langsung tak layak untuk mencalonkan diri dimana-mana PRK sekalipun buat masa ini.

Lebih baik Anwar and the geng menumpukan hal ehwal dalam kelambu mereka sendiri saja. Bukannya apa.., takut-takut juga kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula akan berciciran.


Spy Leman melaporkan dari Kampung Tradisi Lupak Meluas, Batu Sapi Sabah.

2 ulasan :

  1. MSLH DLM KELAMBU PKR TU YG SULIT SKET BRO. RAMAI LAAA YG BAKAL KENE 'CUCUK' LAGI NANTI KEHKEHKEH >|D

    BalasPadam
  2. Cucuk pun takpa bro..depa rela asalkan dapat "keredhaan" dewa punai....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online