BREAKING NEWS

Penghalau hantu diperlukan di Galas...


Pakar pengamal mistik ala-ala uncle seekers diperlukan oleh PAS di Galas bagi menghalau hantu-hantu yang didakwa akan berkeliaran semasa tempoh pengundian berlangsung 4 November nanti.

Bagi sesiapa yang mempunyai kebolehan menjampi air mineral yang boleh digunakan untuk menghalau hantu-hantu tersebut, silalah berjumpa dengan wakil-wakil PAS di markaz-markaz yang berhampiran.

Khabarnya, setiap seekor hantu yang berjaya ditangkap akan dibayar dengan dinar emas mengikut berat setiap kilo. Sekeping tiket ke syorga akan diberikan kepada penangkap hantu yang memperolehi hasil terbanyak.



Pada sidang media, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

BN akan menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan kad pengenalan dan menabur wang kepada pengundi-pengundi supaya menyokong mereka.

“Kalau terpaksa BN buat untuk mendapatkan sokongan, BN akan tawarkan sogokan kepada pengundi-pengundi di sini.

“Malah saya percaya BN akan menghantar petugas-petugas mereka untuk menyamar sebagai pengundi ketika hari pengundian nanti (4 November).

3 ulasan :

  1. laaa..kalau tahu dah nak kalah macvam-macam tuduhan dan alasan membabi buta duikeluarkan oleh pihak PAS. Dah basi la kenyataan macam ni kami dengar...dulu pun sama lni pun masih guna ayat yang sama..aduuhhh ngaku sajalah wahali Ahli Nujum PAS bahawa kamu akan kalah di GALAS..Pok Nik dah garu kepala entah apa lagi nak berucapa digalas samapai rakyat sendiri dah meluat dengan fatwa poltik beliua...ore-ore kampong dah sedar pok nik...dah tau dah tembelang kamu depa bukan bodoh lagi...heheheh..

    BalasPadam
  2. Melalui pengalaman pilihanraya2 yang lepas, apa juga tuduhan yang dilemparkan kepada BN oleh PAS ini adalah merupakan rancangan mereka sendiri. Pengundi hantu, sogokan, ugutan dan pembohongan adalah kerja PAS sejak azali. Ini adalah untuk mengabui pengundi jika sekiranya terdapat kes, mereka akan cepat kata BN yang buat.
    Bertaubatlah, wahai penganut agama PAS......

    BalasPadam
  3. hhmmmm...pkai kopiah....tp nk menipu jek...ke kne tpu ngan PAS sndiri...hadoi...asik2 undi hntu...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online