Apahal si Husam Musa ni bising sangat pasal Projek Perumahan Rakyat? Bukankah program ni baik untuk rakyat miskin di Kelantan? Apakah Husam tak mahu rakyat di Dun Galas memiliki dan mendiami rumah yang lebih selesa?
Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan timbalan perdana menteri Sabtu lalu.
"Harga (peruntukan kos untuk membina) terlalu tinggi, RM120,000 bagi (unit seluas) 700 kaki persegi di Gua Musang untuk flat 5 tingkat 18 blok.
Apa perlunya Husam mempertikaikan kos yang digunakan untuk membina setiap unit rumah didalam program ni? Kalau mahal sekalipun, bukannya guna duit dia ataupun duit kerajaan isle Kelantan.
Saya agak, tindakan Husam ini mesti berpunca dari perasaan dengkinya yang menebal terhadap UMNO kerana program PPR ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat berpendapatan rendah di Galas.
Jadi untuk meredakan rasa kecewa dan sakit hatinya dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, Husam telah cuba memutarbelitkan cerita mengatakan bahawa PPR ini diselewengkan.
Persoalannya disini, adakah Husam dan kerajaan negeri PAS sebelum ini mengambil berat tentang kedaifan penduduk miskin yang tak mempunyai rumah kediaman di Kelantan?
Dan adakah Husam serta pimpinan PAS Kelantan turun padang di Galas ini bagi meninjau masalah yang dialami oleh masyarakat disini? Husam hanya tahu bercakap dan menuduh pihak yang ingin melakukan kebaikan dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Sepatutnya Husam sebagai salah seorang pemimpin utama PAS di Kelantan, berusaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, bukannya menghalang pihak yang ingin menghulurkan bantuan.
Ini jelas menunjukkan bahawa Husam adalah pemimpin Hipokrit yang hanya mahu menjaga kepentingan politiknya sendiri sahaja apabila dia cuba mempertikaikan kebaikan program PPR ini.
Catat Ulasan