BREAKING NEWS

Guan Eng elok balik saja ke Melaka...


Semakin ramai yang menolak kepimpinan Lim Guan Eng di P.Pinang. Daripada warga emas hinggalah ke generasi muda, semuanya semakin meluat dengan Ketua Menteri kaki bohong ini.

Semalam di Bayan Baru, rasa tak puas hati warga emas dengan pembohongan Lim Guan Eng didalam hal dana Program Basmi Kemiskinan semakin membara. Kali ini, 70 orang warga emas bertindak memulangkan kembali "wang haram" tersebut sambil mengecam pembohongan Lim Guan Eng.

Tak habis di situ, Guan Eng terus "dihentam" apabila sekumpulan anak muda yang dipercayai berang dengan sikap Guan Eng yang berbohong kepada warga emas, bertindak menunggu kepulangan Ketua Menteri dari Melbourne di lapangan terbang Bayan Lepas.

Ketibaan Guan Eng disambut dengan kain rentang serta sorakan "booooo" serta "Ketua Menteri Pembohong"!



Nampaknya, kerusi Ketua Menteri yang diduduki oleh Setiausaha DAP ini di P.Pinang semakin panas. Dia semakin teruk "diserang" kiri dan kanan akibat dari sikapnya yang tak sensitif kepada masyarakat sekitar negeri.

Hari ini dijangka akan ada lagi penyerahan wang RM100 yang dilakukan oleh warga emas di negeri ini. Dan besok, dikhabarkan satu perhimpunan akan diadakan di KOMTAR dengan tujuan yang sama.

Sebab itulah saya katakan, Lim Guan Eng patut letakkan jawatan dan pulang saja ke Melaka.

Selepas ini, banyak isu besar negeri akan dilondehkan satu persatu. Masih banyak lagi penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kroni DAPnya yang masih belum diketahui umum. Semua isu ini umpama "bom jangka" yang bakal meletup menggegar pentadbiran kerajaan negeri!

Apa yang pasti, tidur Guan Eng mesti tak akan lena lagi selepas ini!

1 ulasan :

  1. salam perjuangan,

    izinkan saya follow blog tuan.dan minta jasa baik tuan untuk linkkan blog saya ke dlam blog tuan.

    terima kasih.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online