BREAKING NEWS

Gemparrr!!!! Calon bagi PAS di Galas ialah seorang Blogger???


Akibat dari desas desus khabar angin sepoi-sepoi mengatakan bahawa Syed Azidi ataupun lebih dikenali sebagai blogger Kickdafella akan menjadi calon UMNO/BN di PRK N45 Galas, PAS khabarnya telah mengenalpasti dua orang blogger tersohor mereka untuk menentang Kickdafella seandainya dia dicalonkan.

Blogger-blogger PAS ini telah melalui proses penyaringan yang ketat sebelum diluluskan sebagai layak bertanding. Mereka-mereka juga disahkan memenuhi piawaian dan juga KPI yang ditetapkan oleh Dewan Ularmak PAS.

Antara syarat-syarat piawaian tersebut ialah,

1) Pandai Putarbelit.
2) Wala' membuta tuli.
3) Kuat mencarut.
4) Tak merokok di khalayak ramai.
5) Boleh sebut "celako" dengan fasih.

Menurut sumber, Mursyidul Am PAS sendiri telah memberi restu kepada dua orang blogger totok PAS ini untuk "menggempur" kem UMNO/BN jika benar Syed Azidi lah yang dicalonkan di Galas.

Blogger-blogger tersebut ialah....,

Blogger Aduka dah tak Teruna


Blogger Ruang merapu Paria Malaya

Kalau rajin, korang cari sendirilah blog-blog mamat dua ekor ni yee.. Malas nak bagi link dorang kat sini..., takut-takut berjangkit pula penyakit kuat mencarut dorang tu nanti.


p/s: Mesti menarik jika ini semua benar-benar jadi kenyataan.

1 ulasan :

  1. Pendaftar Pengundi Baru: BN Losing Ground

    sila baca di: www.suararakyatselangor.blogspot.com

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online