Satu Program Gotong Royong bersama pemimpin UMNO/BN bagi membersihkan masjid telah diadakan bertempat di Masjid Razaleigh, Bandar Lama pada tengah hari tadi. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Razali Ibrahim bersama para sukarelawan BN telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.
Ramai kariah Masjid tersebut turut bersama-sama dengan pemimpin UMNO/BN tersebut didalam gotong royong yang diadakan ini.
YB Razali juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat serta menikmat jamuan petang yang disediakan setelah selesai Majlis Gotong Royong tersebut.
p/s: Tahniah YB Razali kerana sanggup turun padang bersama masyarakat di DUN Galas.
Catat Ulasan