BREAKING NEWS

Apa ada dengan Khalwat….PAS tak heranlahhhh....


Bohonglah kalau ramai manusia spesis lelaki tak mengakui bahawa mereka tak tertarik kepada seks. Kalau bercerita tentang bab ini, lelaki dari golongan awal baligh hinggalah ke penghujung senja pun bukan bukan main ligatnya.

Dalam hal-hal nafsu, jangankan kata orang biasa-biasa, pak lebai dan tok imam pun akan tunduk kalau kena gaya godaannya. Sebab itulah didalam kitab pun ada berkata bahawa perempuan itu adalah ujian paling dahsyat kepada kaum lelaki.

Saya terbaca satu pepatah arab didalam buku hasil nukilan Pak Habib mengenai “ejen nafsu” ini. “Lebih selamat berjalan didepan harimau dari berjalan di belakang perempuan”.

Begitulah hebatnya dugaan yang mampu terhasil dari makhluk dari jenis yang dinamakan perempuan ini.
Jadi, saya tak hairan sangat jika ada khabar yang mendakwa bahawa calon PAS bagi DUN N45 Galas iaitu Dr Zulkifli pernah ditangkap kerana berkhalwat. Calon PAS ini bukanlah maksum. Dia juga bukanlah dari golongan tok kiyai yang hanya menumpukan terhadap pengajian dan mengajar agama.

Seperti juga Mat Sabu yang pernah dicekup ketika berdua-duaan didalam Hotel bilik 121 bersama pasangan perempuannya. Malang nasib Mat Sabu kerana yang “dibelasahnya” itu adalah isteri orang. Tetapi nasib Mat Sabu sedikit baik kerana dia “beragama” PAS. Mati keringlah dia kalau pada masa itu dia menganut fahaman UMNO.

Begitulah juga Dr Zulkifli ini. Biar bagaimanapun sejarah lampaunya, dia pasti akan “diampunkan” oleh para wali yang syok sendiri dari parti bulan tersebut. Dan fatwa-fatwa bakal dpancutkan dari mulut longkang para fulamak-fulamak lantikan sendiri PAS bagi menghalalkan segala salah laku yang pernah dilakukan oleh ahli mereka.

Kadang-kadang, nampak dah mirip kepada paderi pula segala perlakuan tok-tok serban didalam parti isle ini. Bolehkah manusia yang bersifat sementara ini diberi mukjizat untuk mengampunkan dosa dan menghalalkan salah laku kroni-kroninya? Tambah-tambah pula selepas berakhirnya zaman nabi-nabi. Tetapi inilah kenyataan didalam Parti Tok Guru.

Didalam surah An Nur ayat yang ke 30 ada menceritakan tentang cara menahan nafsu serakah yang bersarang didalam hati manusia. Mungkin kebanyakan ahli dan kepala-kepala kontrak PAS tak jumpa ayat tersebut akibat dari keghairahan mereka menelaah mencari ayat untuk mengadu domba terhadap parti cap keris.

Menasihati sebilangan gerombolan manusia yang berlogo kan keris adalah satu usaha murni yang patut dipuji. Manusia-manusia bersongkok hitam dan berperut gendut didalam parti ini pun tak lepas dari kegiatan-kegiatan hamlau mereka. Tambah-tambah pula jika yang berperut gendut ini menjadi isi perut kereta-kereta mewah dan bertuhankan ringgit Malaysia, lagilah hamlau mereka jadinya.

Tapi, kita perlu jadi baik malah lebih baik untuk menyuruh orang lain berbuat kebaikan. Apa guna jika kita sendiri pun masih tak mampu mengawal diri dan hati, tiba-tiba melompat masuk gelanggang untuk berkhutbah mengenai cara hidup islam.

Tak mungkin dengan melilitkan kain dikepala yang dikata serban dan mengenakan baju kurung tanpa kain, sudah boleh mengaku menjadi ahli syurga dan juga mengkafirkan kebanyakan manusia.

Serban bukan syarat utama menjadi Islam. Jubah labuh pula bukan ciri-ciri menunjukkan keimanan. Dan satu lagi, masuk parti yang ada tertera nama isle bukanlah syarat untuk tak dibakar di hari pengadilan. Tambah-tambah jika masuk parti yang ada cop bulan.

Siapa kata dengan ada title tok guru didunia tak boleh dibakar oleh api neraka? Siapa berani jamin manusia berjawatan Datuk Bendahara akan bersenang lenang di Padang Mahsyar nanti?

Jadi, janganlah terlampau taksub sesama manusia. Jangan sangka tiket syurga boleh diperolehi dengan hanya cium tangan orang tua yang mengaku fulamak. Dia sendiri pun tak tahu lagi untung nasibnya di Sana nanti.

- myKMU

2 ulasan :

  1. Nik Ajis tak tahu gamaknya..sebab tu dia terpilih.

    BalasPadam
  2. blog ni telah menfitnah Dr zulkefli...ada akan disaman haha
    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29151:fitnah-dr-zulkefli-akan-ambil-tindakan-undang-undang&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online