BREAKING NEWS

Rakyat Sabah jangan jadi bodoh. Anwar memang nak hancurkan Malaysia!!!


Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Memang tak guna betul manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Dia nampaknya sanggup melakukan apa saja cara untuk membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri.

Sekarang ni, Anwar akan berjanji apa saja kepada semua rakyat negeri-negeri dalam Malaysia untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Ini termasuklah janji-janji yang tak masuk akal dan juga janji-janji yang Anwar sendiri tahu susah untuk ditunaikan.

Namun demi kepentingan peribadinya untuk berkuasa, Anwar meneruskan pembohongannya disetiap negeri bagi menghadapi PRU13 nanti.

Rakyat di P.Pinang telah menjadi mangsa pembohongan Anwar ini pada PRU12 lalu hingga mengakibatkan bangsa melayu P.Pinang kini ditindas teruk oleh DAP. Dan kesinambungan pembohongan Anwar kini diteruskan pula oleh Lim Guan Eng.

Untuk PRU13, Anwar berbohong pula kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Percayalah, Anwar akan sanggup menjanjikan bulan dan bintang sekalipun jika perlu bagi memastikan Sabah dan Sarawak jatuh ke dalam genggamannya.

Buat rakyat Sabah dan Sarawak, undi anda amat berharga untuk disia-siakan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim. Ingatlah bagaimana nasib penduduk Kampung Buah Pala di P.Pinang yang secara terang-terangan dibohong oleh Anwar dengan janji manis PRU12 !



Jangan biarkan Anwar memporak perandakan Sabah dan Sarawak pula selepas ini.

2 ulasan :

  1. jangan risau...PKR tak akan bertapak di sabah sebab parti tu bukan berasal dari sabah

    BalasPadam
  2. yea betu tu pkr bukab berasal dar sabah sokong2...

    biarla UMNO bertapak GAH di SABAH KERANA UMNO BERASAL DARI SABAH YANG MENJAGA BANGSA ORG SABAH...
    HANYA UMNO SAHAJA YANG SEBENAR BERASL DARI SABAH...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online