BREAKING NEWS

Khalid Ibrahim akan berganding bahu bersama Zaid untuk lawan Azmin..


Khabar yang baru saya terima mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim hampir pasti akan mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saya difahamkan, tindakan Khalid ini merupakan langkah akhir bagi memecahkan undi untuk Azmin Ali yang diketahui ramai merupakan calon pilihan Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut.

Khalid Ibrahim dijangka akan bergandingan dengan Zaid Ibrahim bagi menentang Azmin Ali untuk memenuhi visi Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah yang menyokong penuh Zaid Ibrahim menduduki jawatan Timbalan Presiden PKR.

Jika ini berlaku, Azmin pasti akan berdepan laluan yang sukar didalam pertandingan menentang dua calon "heavyweight" dalam parti tersebut.

Anwar pasti akan pening kepala untuk mencatur strategi baru bagi memastikan kemenangan untuk "budak kesayangannya" terjamin 100%.

Yang pasti, situasi sekarang didalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR sebenarnya bukan lagi diantara Azmin, Zaid, Mustafa Kamil ataupun Khalid Ibrahim. Tetapi ia sebenarnya adalah pertandingan diantara Wan Azizah dan juga Anwar Ibrahim!

Ibarat gajah sama gajah berperang, kancil pasti akan mati terhimpit ditengah-tengah.

Persoalannya sekarang, diantara Azmin, Zaid dan juga Khalid Ibrahim.., siapakah yang bakal mati terhimpit?


p/s: Kak Wan nampaknya marah sangat sewaktu pemilihan PKR cabang Permatang Pauh hari tu..., mungkin sengaja nak lepaskan marah terhadap Anwar kot?

3 ulasan :

  1. TIGA3 TAK BULEH PAKAI.SEDUIT PUN TAK GUNA KALAU JADI PEMIMPIN!

    BalasPadam
  2. Pertandingan dalam PKR umpama yg kalah jadi arang, yg menang jadi abu. Yg untung cuma bung nuar saja sbb depan blkg dia dah sapu

    BalasPadam
  3. saya menyokong penuh hasrat khalid ibrahim ni. saya tahu cara pimpinan beliau semasa bekerja di pnb dulu.

    biarlah pkr hancus dan porak peranda dengan hasrat ini.

    -art-

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online